PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, May 7, 2011

JIWA ANWAR TIDAK TENANG DAN BERCELARU..!!!







RASIONAL MUBAHALAH - Sebagai manusia yang waras dan bijak, ketika kita meragukan sebuah sistem yang rosak, harus bagi kita untuk menempuh sebuah jalan yang boleh mengamankan jiwa rakyat serta akan menutup mulut cabul dan tangan-tangan kotor yang menconteng arang ke muka kita.

Demikian ketika semua jalan kebenaran dirasakan sempit dipimpin oleh banjingan, ketika saluran menegakkan hujah diterlantarkan oleh para penjawat awam, begitu juga ketika pintu dialog senget dan tidak seimbang oleh beratnya fitnah penguasa, ketika itu kita cuma ada sebuah jalan - Mubahalah..!!!

Apabila kita melakukan "Sumpah Laknat" dengan menegaskan bahawa kita tidak melakukannya dan kita difitnah, pasti desas-desus yang melanda masyarakat akan reda, tiada lagi rakyat akan bangkit bicara menabur fitnah.

Kemudian ketika kita terhukum melalui "Sistem Yang Rosak" mengikut pengiraan kita, ketika itu jiwa kita akan tenang kerana kita telah menyatakan kepada rakyat bahawa kita diadili dengan sistem yang tidak adil.

Seperti Imam Ibnu Hajar yang bermubahalah dengan pengikut Ibnu Arabi as-Sufi, iaitu Ibnu Al-Ameen mengenai ajaran Ibnu Arabi yang sesat, maka Ibnu Hajar bermubahalah.

Al-Hafizh as-Sakhawi dalam kitab al-Jawahir Wad Durar menulis,"Meskipun beliau merupakan lautan ilmu dan tidak cepat marah, namun beliau akan sangat cepat marah kalau dalam membela agama Allah Taala dan Rasulnya.

Pernah suatu ketika terjadi diantara beliau dengan sebahagian pemuja Ibnu Arabi, dia berdoa,"Ya Allah, jika Ibnu Arabi berada diatas kesesatan, maka laknatlah aku dengan laknat Mu."

Lalu Imam Ibnu Hajar pun berdoa, Ya Allah, jika Ibnu Arabi diatas kebenaran, maka laknatlah aku dengan laknat Mu."

Hasilnya, hanya selang 2 bulan tepatnya Mubahalah tersebut berlansung pada Ramadhan tahun 797H dan pada Zulkaedah, orang tersebut buta lalu mati.

4 comments:

Anonymous said...

Kepada mereka yang pernah mempertahankan kebatilan,

Saya kadang-kadang merasa sedih dan kecewa melihat mereka yang berilmu pengetahuan agama yang tinggi terus menerus mempertahankan kebatilan. Apa yang anda mahu sebenarnya. Saya tahu bahawa anda amat tahu dunia ini hanyalah sementara, dunia ini adalah medan ujian yang maha hebat. Anda kecil diuji dengan lapar, dahaga dan sakit, ilmuan diuji dengan ilmunya, sikaya diuji dengan kekayaan, siabid diuji dengan keramah dan maunahnya. Segala yang diperkata akan dipertanggungjawabkan, sebesar zarah tidak ketinggalan. Di atas inilah maka kita sebagai manusia dilantik menjadi kalifah. Bahkan semulia-mulia malaikat diuji melalui kejadian Adam hanya dari tanah kering yang busuk. Akhirnya yang ingkar menempah binasa, walaupun ilmunya adalah yang tertinggi, ibadatnya adalah yang terabid dan dia adalah yang terbaik dari segala malaikat. Akhirnya nur pada wajahnya ditarik dan dia menjadi sehina-hina makhluk.

Anda ahli agama tentu telah melihat semasa kemelut mencari kebenaran, sebenarnya kebenaran telah diperlihat olih Allah. Bagaimana nur / seri wajah pada seseorang itu telah ditarik olih Allah. Tetapi kesalnya saya kerana mendapati anda masih berterusan mempertahankannya seakan hati anda telah buta. Mengapa anda tidak menasihatkan agar orang itu berhenti sahaja dari megejar mimpinya, walaupun perberhentian dia mengejar mimpi keputrajaya juga membantutkan mimpi anda menawan tempat yang sama. Putrajaya itu hanya lah sebuah dunia yang terlalu kecil nilainya di sisi Allah, walaupun anda dapat menawannya belum tentu anda dapat memilikinya. Dalam mengejar mimpi anda, anda telah mengeji seorang manusia kerdil yang teraniaya dan terkhilaf kerana mempercayai seorang manusia yang dianggapnya agung.

Anonymous said...

Anda fitnah dia dengan menyatakan penipu pun sanggup bersumpah, dan anda hurai surah an-nur ayat 6-10 tanpa keterangan yang adil. Anda puji orang yang tidak mahu bersumpah dan anda hina orang yang mempertaruhkan dunia dan akhiratnya dengan sumpah laknat. Hanya dengan beberapa perkataan manusia yang bersumpah itu telah menyerahkan dunia dan akhiratnya untuk dilaknat olih Allah. Anda ahli agama tidak fahamkan akan kesan sumpah laknat itu. Aduhai oh aduhai amat malang kiranya anda tidak faham akan natijah, kesan dan akibat sumpah laknat itu. Saiful dan yang lainnya bersumpah laknat bukan dihadapan hakim manusia yang akan menjatuhkan hukuman tertentu, tetapi hukuman dari sumpah laknat itu adalah dari Maha Hakim, sehingga pada zaman Nabi apabila diajukan sumpah laknat ini kepada penganut agama Nasrani dalam mempertahankan akidah, mereka menjadi gentar dan takut.

Ilmu anda tinggi amal anda banyak tetapi cinta kepada dunia mengaburkan hati anda kepada hakikat kebenaran, makanya anda tidak menasihatkan kepada orang yang telah ditarik rahmat dan rahimnya itu olih Allah dengan nasihat yang benar. Nasihat yang mudah, “sahabat telah saya lihat nur/seri wajah anda hilang. Alangkah bimbangnya saya sekiranya saya mempertahankan anda makanya manusia akan melihat saya bersekongkol dengan kebatilan. Dan saya lebih takut sekiranya Allah melihat dengan pandangan yang sama sebagaimana manusia itu melihat kepada saya. Makanya saya nasihatkan anda hentikanlah sandiwara ini dan saya berlepas bebas dari anda.” Alangkah mudahnya nasihat itu, tetapi impaknya putrajaya bertukar menjadi putragagal. Mungkin itu yang anda takutkan? Saya tidak tahu hanya anda dan Allahlah yang mengetahuinya.

Anonymous said...

Anda berdoa – Ya Allah, musnahkanlah puak sana yang batil demi menegakan hukumanMu, ya anda berdoa dimerata tempat dengan doa yang sama, dan anda seakan melihat puak sana seakan menjadi lemah dan anda menjadi kuat, dan anda pun menjadi yakin bahawa anda dipihak yang benar. Tetapi anda terlupa bahawa bersama anda ada kebatilan yang anda pertahankan. Saya yakin anda amat tahu – kisah nabi musa yang mana pasukannya telah ditimpa wabak penyakit kerana di dalam pasukannya ada panglima yang berzina. Nabi Musa mengarahkan Panglima tersebut dibunuh maka barulah terangkat wabak penyakit itu dari pasukan Nabi Musa. Lihatlah bahawa kebatilannya telah memusnahkan kebenaran apabila kebenaran bercampur dengan kebatilan, sehingga dimusnahkan kebatilan. Ya anda terus mempertahankan kebatilan itu, natijahnya hanyalah kerana putrajaya menjadi idaman. Walaupun anda dapati kumpulan rakan anda telah menjadi semakin rapuh dan reput dan hilang kekuatan, namun anda terus mempertahankan kebatilan.

Apabila di akhirat nanti sahabat anda yang batil itu, yang anda pertahankan dengan segala hujah agama datang berjumpa anda dan meminta anda menjadi peguam bela di hadapan Allah sanggupkah anda menjadi peguamnya, sedangkan pada masa itu hanya setiap orang hanya mengharapkan amal masing-masing datang dengan wajah berseri-seri menjadi peguam bela setiap masing-masing. Tentu anda amat tahu – kisah sahabat nabi amrul al ass yang masuk ke surga dengan hanya merangkak. Sahabat nabi yang amat dermawan hanya merangkak – siapakah kita ini, renung-renung dan fikir-fikirkanlah.

Anonymous said...

Rumusannya – kebenaran yang anda minta telah dipertunjukan, hukuman yang anda harapkan telah dilaksanakan. Anda akan terus melihat sedikit demi sedikit hukuman itu, bayangkanlah kalau ada diantara rakyat Malaysia ini mengamalkan yasin 40, maka bertambah cepatlah hukuman yang anda pinta. Itu baru di dunia. Bagaiman di akhirat nanti dan janji Allah adalah maha benar – firmannya “Lihatlah inilah kebenaran yang kamu minta. Rasailah ini hukuman yang kamu telah nanti-nantikan. Sesungguhnya siksa Kami amatlah pedih.” Anda masih belum percaya? Pergilah ambil wuduk, solat hajat, baca yasin dan berdoa – ya allah ya tuhanku sekiranya anwar berada dipihak yang benar bagi kes anwar dan saiful, anwar dan umi hafilda, anwar dan ds najib dan anwar dan d eskay maka engkau rahmatilah dia dan hukuman penfitnah itu dengan seberat-berat hukuman dan sekiranya anwar memang sebagaimana didakwa olih mereka maka engaku hukumanlah anwar dengan hukuman yang tiada tara pedihnya.

Ayuh rakan dan taulan dan diri saya sendiri marilah bertaubat kepada Allah sesungguhnya dosa kita banyak dan kita tambah dan tambah lagi dengan umpat, keji dan fitnah. Kembalilah kepada Allah dengan bertaubat sesungguhnya dia amat pengasih dan penyayang.

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...