Saturday, December 11, 2010
PKR AKAN TERUS HANYUT
Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) tidak akan berubah menjadi parti yang lebih baik oleh kerana parti tu hak milik mutlak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Cuba kita lihat semasa pemilihan parti tu baru-baru ni, kesemuanya muka-muka baru yang telah dipilh dan berjaya pula menjawat jawatan yang tinggi-tinggi dalam kepimpinnan yang mahu mengikut kehendak Anwar.
Dengan kemenangan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali serta,Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar dilihat sebagai pilihan Ketua Pembangkang yang tidak akan tercabar oleh mana-mana pihak.Soalan nya sekarang, betul ker mereka ni "berani" untuk melakukan perubahan seperti yang telah dicanang kepada rakyat ataupun hanya gimik je, akhirnya menjadi pak turut kepada "tuan" Rumah.
Pemilihan yang telah dijalankan pun telah menunjukkan PKR hanya memilih calon yang menjadi pilihan kehendak Anwar sahaja yang menang dengan jumlah pemgundi yang keluar tak sampai 10 peratus.
Jelas nampak ahli yang keluar mengundi amat rendah menunjukkan mereka tidak mendapat sokongan dari akar umbi., malah peluang ini lah yang akan di ambil oleh pihak-pihak tertentu untuk memperolehi kemenangan.
Anwar akan lakukan apa sahaja bagi mencapai apa yang dihajatinya tanpa mengira dan ambil peduli kesan yang akan timbul.Sebab tu kita dapat lihat ramai peminpin kanan telah keluar parti itu seperti bekas calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim dan Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan ( AMK ), Senator Ezam Mohd. Noor kerana kecewa apa yang telah menimpa Parti tersebut.
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?