Friday, December 10, 2010
KERAJAAN PERSEKUTUAN SALUR RM1.5 BILION KEPADA SELANGOR
Bagi membantu meningkatkan Infrastruktur jalan dinegeri Selangor, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM 1.5 Bilion kepada Selangor sehingga 30 September ini meliputi tempoh 4 tahun bermula 2007.
Peruntukkan diberi bagi membantu Selangor menyelenggara jalan-jalan negeri mengikut peruntukkan perkara 109(1)(b),Perlembagaan Persekutuan kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
Jawapan bertulis itu dibuat bagi menjawap persoalan Teresa Kok ( ADUN-Seputeh ) , yang bertanyakan tentang jumlah Infrastuktur yang telah disalurkan ke Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah sepanjang tempoh itu.
Pecahan Peruntukkan yang telah disalurkan kepada Selangor :-
(a) 2007 - RM 276.7 juta
(b) 2008 - RM 300.9 juta
(c) 2009 - RM 315.6 juta
(d) 2010 - RM 263 juta ( setakat September 2010 )
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sejumlah RM 175.65 juta telah diperuntukkan kepada Pulau Pinang, manakala Kelantan memperoleh RM 284.3 juta dan Kedah RM 479.45 juta bagi tempoh empat tahun.


No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?