Saturday, December 11, 2010
WEE CHOO KEONG HENTAM MAJLIS PERBANDARAN KAJANG ( MPKj )
Kalau dulu Ahli Parlimen WangsaMaju, Wee Choo Keong ni kuat mengkritik dan menghentam DBKL, tapi kali ini amat berbeza pulak Ahli Parlimen WangsaMaju ni menghentam pulak seorang Ahli Majlis Perbandaran Kajang ( MPKj ) daripada parti DAP,.Lee Kee Hiong yang didakwanya amat berkuasa di Selangor sehinggakan tiada undang-undang dan tindakan boleh diambil keatas Ahli Majlis Perbandaran Kajang tu.
Ahli Parlimen WangsaMaju, Wee Choo Keong ni menghentam Jawatan Kuasa Disiplin DAP dan Kerajaan Negeri yang dibawah pemerintahan Pakatan Pembangkang kerana tiada sebarang tindakan diambil walaupun dah banyak aduan yang dibuat keatas Ahli Majlis Perbandaran Kajang itu.
"Apa dah jadi dengan jawatan kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor ( SELCAT ) atau sudah menjadi dead cat atau pussycat" tegasnya.
"Ini cakap tak serupa bikin kerana Kerajaan Pakatan Pembangkang di Selangor berkata memperjuangkan keadilan dan ketelusan tetapi kenapa Kee Hiong dibiarkan berkuasa dan tidak dikenakan sebarang tindakan" tambah beliau.
Lee Kee Hiong yang memakai topi roket DAP
Kalau nak tahu Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Lee Kee Hiong ni adalah bekas Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang. " Saya tahu Kee Hiong mempunyai sokongan padu daripada seorang pemimpin DAP, mungkin sebab itu tiada sebarang tindakan diambil keatasnya" ujar Wee Choo Keong.
Patut la terbakar ahli Parlimen WangsaMaju ni.
Ahli Parlimen WangsaMaju, Wee Choo Keong ni adalah bekas Ahli Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) yang menyuarakan pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ( SPRM ) perlu mencepatkan siasatan terhadap perkara tersebut.
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?