PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, October 18, 2013

4 ADUN PKR NAK CABUT KELUAR PARTI..!!!



Berita perkhabaran semakin kuat kedengaran mendakwa PKR akan kehilangan sekurang-kurangnya empat kerusi dari tujuh DUN parti itu selepas wakil rakyat mereka mahu keluar parti untuk tubuh parti baru di Sabah.

Khabar angin ini dikuatkan lagi dengan kisah bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Wilfred Bumburing yang memenangi kerusi DUN Tamparuli di bawah tiket PKR bersedia untuk menerajui sebuah parti pembangkang berdaftar yang baru.

Bumburing dijangka akan menerajui Pakatan Kebangsaan Sabah (PKS), yang telah didaftarkan dalam tempoh dua minggu, selepas Pendaftar Pertubuhan (ROS) membenarkan perubahan dalam barisan kepimpinan parti tersebut.

Menurut sumber yang diperolehi KBC, sebab utama Bumburing bertindak demikian kerana kecewa dengan cara ketua pemimpin PR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengendalikan pelbagai perkara melibatkan parti di Sabah.

Ogos lalu Anwar mengumumkan ADUN Klias Datuk Seri Lajim Ukin sebagai Ketua PKR Sabah dan perkara tersebut tidak disenangi oleh beberapa anggota lain khususnya empat ADUN PKR Sabah yang menyokong Bumburing.

Sebelum ini, ADUN Kadamaian, Jeremy Malajad disebut-sebut bakal menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). Jeremy Malajad dilaporkan telah bertemu dengan Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.

Sebelum ini ADUN DAP Luyang Hiew King Cheu keluar parti dan menjadi wakil bebas. Bekas ketua DAP negeri itu dilaporkan berkata beliau membuat keputusan itu selepas mendapatkan maklum balas daripada penyokong dan rakan-rakannya.

Hiew menyerahkan surat perletakan jawatannya pada 27 September lalu. “Beberapa teman cuba ‘membunuh’ saya dari dalam, tetapi tidak mengapa kerana dengan pengalaman dan ilmu yang lama terbabit dalam politik, saya pasti saya dapat melakukan yang lebih baik untuk pengundi sekiranya saya benar-benar memutuskan untuk menjadi wakil bebas.

“Jika saya boleh menerima tekanan daripada rakan-rakan saya sendiri, jadi tak kan apa-apa sekiranya saya mungkin berhadapan daripada parti,” katanya.

Hiew turut menyifatkan sesetengah anggota DAP tidak hormat dan tidak bersyukur kerana melayannya seperti apa yang dirasainya sekarang.

Masalah dalaman DAP Sabah mulai timbul apabila beberapa ADUN membuat aduan kepada lembaga disiplin DAP supaya mengambil tindakan terhadap Hiew kerana menyokong Lajim Ukin – calon atas tiket PKR, sedangkan DAP dilaporkan menyokong ADUN Tamparuli, Wilfred Bumburing untuk jawatan ketua pembangkang pada Jun lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lepas, Barisan Nasional (BN) mengekalkan kuasa di Sabah dengan majoriti dua pertiga selepas memenangi 48 daripada 60 kerusi DUN.

PKR menang di tujuh kawasan Dun iaitu Api-Api, Moyog, Kadamaian, Matunggong, Tamparulli, Klias dan Inanam manakala DAP, yang sebelum ini memiliki satu kerusi DUN, menambah empat kerusi iaitu Luyang, Kapayan, Sri Tanjong dan Likas.

1 comment:

lisal said...

Kbc Budgetary great outcomes 2022 exhibiting to dependant upon the unpreventable reality utilizing the net, for example, Kaun Banega Crorepati Fortuitous bait Families gain 2022.Kbc lottery winner

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...