NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Monday, November 14, 2011
KERAJAAN SELANGOR BERJAYA MENCIPTA SEJARAH..!!!
Sebanyak 195 projek perumahan haram dikesan dibangunkan di seluruh negara sehingga Oktober lalu dengan Selangor mencatat angka tertinggi iaitu sebanyak 153 projek.
Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Kabit berkata, daripada jumlah itu sebanyak 54 projek perumahan haram kini berhadapan dengan tindakan undang-undang.
"Pihak kementerian juga sedang menyediakan kertas siasatan untuk tindakan lanjut bagi projek perumahan haram yang selebihnya.
"Sekiranya didapati bersalah, pemaju projek perumahan tanpa lesen ini boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas perasmian Seminar Perumahan Kebangsaan 2011 oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung di sini hari ini.
Seminar yang bertemakan Program Kesedaran Perumahan 2011 adalah anjuran bersama kementerian, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) dan Persatuan Kebangsaan Pembeli Rumah (HBA).
Ia bertujuan memberi didikan dan kesedaran kepada orang ramai mengenai undang-undang berkaitan dan hak mereka sebagai pembeli rumah.
Ahmad berkata, pelaksanaan projek perumahan yang tidak mendapat kelulusan tidak sepatutnya berlaku sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri tegas dalam melakukan pemantauan di kawasan masing-masing.
Beliau berkata, ini kerana kelulusan dan kebenaran bagi membangunkan sesuatu projek termasuk projek perumahan adalah di bawah bidang kuasa PBT dan kerajaan negeri.
"Jadi kita mengharapkan kerjasama dapat diberikan oleh PBT dan kerajaan negeri agar isu pembangunan projek perumahan tidak berlesen seperti ini tidak lagi berlaku. Di pihak kementerian, kita mengambil tindakan kepada pemaju yang tidak berlesen," katanya.
BACA SETERUSNYA KLIK DISINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Setelah sekian lama, merata tempat siang malam Bob Lokman berceramah kutuk kerajaan, bantai KERAJAAN kata tak betul, haram, zalim dan se...
-
GEMPAR: WIKILEAKS BONGKAR KEKAYAAN HARTA ANWAR IBRAHIM..?? Satu lagi pendedahan duit rasuah Anwar ketika menjadi Menteri Kewangan yan...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
FAKTA YANG MENGEJUTKAN..!!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaj...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Berapa bertuahnya hari ini bagi rakyat sekitar UMNO Bahagian Wangsa Maju apabila mereka yang terpilih bakal menerima sumbangan bantuan pe...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Masih ingatkah lagi anda kepada beruk-beruk yang telah memalukan nama Malaysia tak lama dulu..?? Lihat gambar diatas, dapatkah anda mengi...
No comments:
Post a Comment