NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Wednesday, January 9, 2013
PR UMPAMA MALAYAN UNION ALAF BARU...!!?
Ideologi diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat (PR) pada hari ini disifatkan umpama ‘Malayan Union’ ala baru.
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mendakwa PR yang menentang Umno-Barisan Nasional (BN) seolah-olah mempunyai ciri-ciri Malayan Union, yang ditolak Umno kerana ciri-cirinya tidak sesuai dengan cita rasa dan kedudukan orang Melayu.
“Apa yang diperjuangkan oleh PR tidak ubah seperti Malayan Union yang ditubuhkan oleh penjajah British pada era 1940-an kerana memperjuangkan fahaman pluralisme dan Lesbian Gay Biseksual dan Transgender (LGBT),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru 2013 Persatuan Komuniti Orang Kurang Upaya Pendengaran Selangor (PKOKUPS) di sini malam kelmarin.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Penasihat PKOKUPS, Datuk Ismail Kijo yang merupakan juga Penyelaras Parlimen Ampang.
Abdul Rahim yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) mengingatkan golongan orang kurang upaya (OKU) supaya berhati-hati dalam membuat pemilihan pada hari pengundian kelak demi memastikan apa yang dilaksanakan oleh BN selama ini dapat dikekalkan.
Sempena majlis tersebut, Abdul Rahim menyumbang sebanyak RM10,000 dan mengumumkan bantuan RM5,000 sebagai permulaan dana bagi membantu persatuan tersebut mendapatkan alat-alat pendengaran.
Sumbangan RM50 kepada 50 anak-anak yatim piatu turut disampaikan dalam majlis tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga b...
-
Ini semua adalah rekaan dan perangkap sama sekali untuk menjatuhkan kepimpinan Najib yang sedang mencipta nama sebagai Perdana Menteri. ...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Anwar memang suka berbohong, temberangnya cukup hebat dan bernas memperdayakan rakyat supaya meraih sokongan untuk menaik kemarahan ra...


No comments:
Post a Comment