NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Wednesday, January 9, 2013
APAKAH MUSLIHAT ANWAR IBRAHIM KALI INI..???
Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak memberi penjelasan berhubung muslihatnya kali ni kerana mahu mengadakan Himpunan Shamsidar pada 12 Januari tak lama lagi.
Bekas pemangku Ketua AMK Perak, Faizal Effendi Hashim menerangkan perkara tersebut menimbulkan tanda tanya memandangkan perhimpunan tersebut 'kebetulan' diadakan beberapa hari sebelum Shamsidar Taharin iaitu isteri kepada Mohamed Azmin Ali menjadi saksi perbicaraan kes saman fitnah melibatkan Anwar Ibrahim.
Tegasnya lagi, Anwar dan Mohamed Azmin juga perlu memberi peluang kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah Anwar untuk mendengar keterangan Shamsidar di kandang saksi bukan di tepi jalanan.
"Anwar perlu memberi penjelasan apakah muslihat politik pakatan pembangkang untuk mengadakan Himpunan Shamsidar iaitu beberapa hari sebelum isteri Timbalan Presiden PKR itu menjadi saksi dalam perbicaraan kes saman fitnah Penasihat PKR itu terhadap Senator Datuk S. Nallakaruppan.
"Sehingga hari ini Shamsidar dan Mohamed Azmin juga masih enggan menyangkal dakwaan Nallakaruppan bahawa Shamsidar dan Anwar mempunyai hubungan sulit di Tivoli Villa, Bangsar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Nallakaruppan yang juga bekas rakan karib Anwar sebelum ini mendakwa pembangkang merancang menganjurkan Himpunan Shamsidar beberapa hari sebelum perbicaraan kes saman fitnah melibatkan Anwar, setelah beliau berjaya mendapatkan Shamsidar sebagai saksi utama dalam kes saman itu.
Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Nallakaruppan serta Utusan Melayu (M) Berhad pada 26 Mac tahun lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan Utusan Malaysia pada 20 Mac tahun lalu di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual.
NALLA DEDAHKAN PITA RAKAMAN SEKS ANWAR BERSAMA SHAMSIDAR
Baru-baru ini, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera membenarkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan serta Utusan Melayu dalam kes saman tersebut dikekalkan.
Jelas Faizal Effendi, Wan Azizah sehingga hari ini masih enggan duduk semeja dengan Shamsidar untuk membuat sidang akhbar bersama bagi menafikan dakwaan Nallakaruppan.
"Dr. Wan Azizah perlu mengisytiharkan sama ada beliau akan hadir untuk memberi sokongan moral kepada Shamsidar yang bakal memberi keterangan sebagai saksi utama mengenai kegiatan biseksual Anwar," ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga b...
-
Ini semua adalah rekaan dan perangkap sama sekali untuk menjatuhkan kepimpinan Najib yang sedang mencipta nama sebagai Perdana Menteri. ...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Anwar memang suka berbohong, temberangnya cukup hebat dan bernas memperdayakan rakyat supaya meraih sokongan untuk menaik kemarahan ra...

1 comment:
Masak kau anwar kali ini
Kebenaran akan keluar juga
Post a Comment