Sunday, September 23, 2012
PENDEDAHAN : PAS GERUN DENGAN BUKU NI..!!!
Inilah buku yang mengerikan PAS kebelakangan hari ni. Nak tahu kenapa PAS takut sangat dengan buku ini..??Sebabnya dalam buku ni menghuraikan dan menjelaskan penyelewengan PAS dalam membela nasib anak-anak yatim dan balu-balu mangsa Kejadian di Memali.
Kesemuanya didedahkan oleh Datuk Nakhaie Hj Ahmad, bekas Naib Presiden PAS yang juga berpengalaman selama 12 tahun di dalam PAS bahawa penyelewengan sebegini bukanlah perkara baru di dalam parti PAS.
Ia melibatkan wang penyelewengan dan penipuan berjuta ringgit milik berpuluh orang anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak Pas. Kenapa perkara sebegini boleh terjadi dalam parti PAS yang sering menyalahkan UMNO dalam bab wang ringgit.
Asyik mengata orang, hal sebegini terjadi juga dalam pentadbiran PAS. Lagi cuba ditutup, akhirnya didedahkan oleh orang PAS sendiri.
Zainon Ismail atau nama pena nya C.N Al-Afghani telah mendedahkan dengan berani dan terbuka berhubung dengan wujudnya penyelewengan dan penipuan berjuta ringgit milik berpuluh orang anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak Pas.
Akibatnya buku tersebut telah digam secara terhormat dan halus oleh kepimpinan PAS sehingga yang paling ketara ialah apabila buku tersebut dilarang daripada dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali, November tahun lalu.
Selepas berlakunya kejadian Memali pada November 1985, anak- anak Allahyarham Ibrahim Libya telah dipergunakan cukup-cukupnya sehingga diusung ke mana-mana sebagai alat simpati bagi tujuan mengutip derma.
Apa yang memilukan masyarakat ialah kutipan wang jutaan ringgit hasil dari darah, keringat dan airmata itu tidak sampai kepada keluarga Ibrahim Libya tetapi telah disonglap oleh pihak tertentu di dalam Parti Islam SeMalaysia.
Darah, keringat dan airmata keluarga Ibrahim Libya telah dijadikan modal oleh PAS untuk meraih wang sebagai habuan dan kepentingan konco-konco mereka yang berserban dan berjubah. Mereka gamak memperalatkan dan mempergunakan apa sahaja untuk berkuasa waima nama Islam sekali pun.
Serakahnya mereka ini belum lagi dihitung bagaimana mereka menguruskan perolehan dari sumbangan wang-wang tunai dan barang-baranag kemas yang mereka perolehi dari sumbangan semasa ceramah-ceramah umum mereka yang mereka tadah sambil disulam seli dengan laungan “Takbir!!!”.
Semuanya hanyalah permainan politik PAS nak berkuasa..!!!
mana nak cari buku ni bro.... dlm perhimpunan umno pun tak dek..
ReplyDeleteSemua kejadian songlap-menyonglap ini, kesemuanya diatur oleh YB Senator Yusuff Hussain yang sekarang menajdi orang kuat Azizan Razak dan memegang jawatan tinggi dalam PAS Negeri Kedah, Setiausaha PAS Perhubungan Negeri Kedah.
ReplyDeleteBukan setakat wang berjuta ringgit yang dia songlap, tapi sekolah ugama yang Allahyarham Ibrahim Libya usahakan tu pun hidup segan mati tak mahu keraja kerja kotor yang diamalkan oleh Senator Yusuff Hussain.
Kesemua ini dari A 2 Z ada dalam tangan Mat Sabu yang Cik Gu Non telah bincang dengan dia di rumah Mat Sabu, tapi Mat Sabu kata..."KITA PEJAM MATA BUANG CERITA NIIII...."
ini lah dinamakan penyamun ala2 islamik..
ReplyDeletetapi ape cite jenazah memali tu.. diiktirafkan sebagai syuhada oleh Pas, kononnye berjuang utk menegakan negara islam dan ditanam tanpa dimandikan..
alih2 Pas cakap negara islam tak ada dalam al quran.. sape nak jawap tu nanti..
sekarang songlap duit anak2 yatim memali plak.. duit anak2 yatim tu.. sapa nak jawap..
kerana politik, kepentingan agama pun Pas gadaikan.. nanti terima je lah balasannye
Kat mana jual buku ni?
ReplyDeleteTak jumpa pun?
aku dah tau lama dah dgn puak2 sundal ni..tengok lah mesjid haji hadi, kutip derma hari2 sampai hari ni masih tak siap2 lagi. kalu dah siap org tak bagi derma lagi..baik buat2 tak siap.
ReplyDeleteduit anak yatim pun Pas sanggup tibai.. jawap la nanti
ReplyDeletehampehh punya Pas.. syaitan bertopengkan serban