Thursday, September 27, 2012
CONTOH PEMBAZIRAN ANWAR DAN PAKATAN PR..!!!
INILAH jet eksekutif yang dinaiki Anwar bersama beberapa pemimpin pembangkang yang disiarkan dalam sebuah blog.
Kos menyewa jet eksekutif selama dua hari untuk membawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin pakatan pembangkang lain ke Labuan, Sabah pertengahan bulan ini adalah berjumlah RM96,000.
Menurut sumber, kos tersebut meliputi semua caj termasuk bayaran juruterbang, jurutera dan perkhidmatan lain yang dikenakan Tjets Sdn. Bhd. (Tjets).
Difahamkan, urusan tempahan jet berkenaan dilakukan oleh seorang individu dari Sarawak.
Inilah bagusnya ketua Pembangkang la ni, jumlah sebegini dianggap terlalu kecil bagi mereka.
Jika benar memperjuangkan hak rakyat, takan sampai menyewa jet mahal sebegini...!!!?
Lagipun bukan nak berkhidmat untuk rakyat pun, cuma sekadar nak memperluaskan lagi politik politikus Anwar untuk mendapat kemewahan yang lebih dari sekarang ni.
Kalau nak memperjuangkan rakyat tak perlu lah sampai sewa jet untuk ke sesuatu tempat yang sememang sudah ada tambang kos murah.
Membazir, itu sajalah ungkapan yang seharusnya ditujukan kepada puak pembangkang yang kononnya tidak kejarkan wang ringgit.
Jika rakyat Malaysia masih tak sedar lagi dengan pembaziran yang dibuat oleh puak-puak rangkaian Anwar ni, tak tahulah nak cakap macamana lagi.
Agaknya mereka dah buta dengan tindakan pakatan Anwar kebelakangan hari ni. Ini belum dapat kuasa memerintah Malaysia, dah dapat nanti habis dibaham anak-beranak dalam pakatan pembangkang.
Pembaziran dikatakan memperjuangkan hak rakyat..!!! Memang gila pakatan PR ni..!!!
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?