PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, August 18, 2012

LAGI BUKTI PEMIMPIN PR TAK SATU KEPALA..!!!



Inilah hakikatnya, pemimpin diantara perikatan PR, masih menjadi ahli parti masing-masing tetapi bertelagah dalam menyatukan pendapat mereka.

Jika pemimpin tersebut sudah menyatakan sudah keluar dari parti takpa, masih menyatakan pendirian beliau menyokong parti naungannya.

Masalah bercanggah masih berlarutan dalam PR, lepas satu isu, satu isu lain pula terkeluar. Kalau bab HUDUD, mereka asyik menyalahkan UMNO. Akhirnya pemimpin PR pula bertelagah sesama sendiri.

Bukan sekadar mengeluarkan kenyataan menyalahkan satu sama lain, tetapi siap nak saman pemimpin dalam perikatan PR sendiri. Ini menunjukkan sikap tidak boleh bertoleransi dan duduk semeja dalam membincangkan isu ini.

Haruskah kita mengangkat orang sebegini sebagai pemimpin untuk memimpin negara..?? Berceramuk dan suka bergaduh sesama sendiri. Ini baru masalah kecil, pakatan PR pun tak mampu nak selelsaikan sehingga nak kemukakan saman antara pemimpin perikatan sendiri.

Jika hal besar yang banyak melibatkan Dana rakyat, habislah jika gaya mereka masih berterusan begini.

Published: Jumaat Ogos 17, 2012 MYT 10:36:00 PM

Isu Hudud, Islam: Karpal Singh Mulakan Prosiding Fitnah Terhadap Nasharudin KUALA LUMPUR: 

Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS itu berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

"Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebuah akhbar pada Jumaat melaporkan bahawa Nasharudin mempersoal pakatan politik PAS dengan pihak yang 'menentang Islam'.

Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam".

Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Anggota Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan PAS.

Nasharudin, katanya, kini hanyalah 'ikan bilis' dalam PAS dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.

"Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin," katanya.

- BERNAMA

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...