NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Saturday, August 18, 2012
ANWAR MENGAKU FITNAH NAJIB..!!!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Kesejahteraan. Alhamdulillah kita sedang memasuki fasa terakhir bulan puasa di mana kita akan bergembira kerana beroleh kemenangan pada Hari Raya Aidil Fitri.
Pada tahun ini, saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf, dari hujung kaki ke hujung rambut, khususnya kepada YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur yang saya sebenarnya sangat kenal rapat baik orangnya.
Saya sebenarnya merasa sugul dan berdosa dengan keterlampauan beberapa pihak dalam pasukan kita, di mana dalam usaha kita mengejar kedudukan dan jawatan Perdana Menteri, kita telah jauh pergi hingga memfitnah Datuk Seri Najib dan keluarganya.
Saya ingin mengajak rakan-rakan saya dan jentera pakatan supaya membuat perubahan dengan menghormati institusi kePerdana Menterian yang sekian lama kita warisi. Jawatan Perdana Menteri adalah khas untuk orang Melayu dan Islam sahaja, bukannya untuk bangsa lain.
Kepada umat Islam di Malaysia, saya turut ingin memohon maaf atas keterlanjuran saya menyokong Israel tempoh hari. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk menghalang kehadiran mereka dalam hidup saya, maka dalam keterpaksaan saya perlu mengikuti kemahuan, desakan dan asakan bertubi-tubi mereka.
Sebenarnya saya turut mendapat maklumat yang salah berkenaan kes Altantunya. Saya akui maklumat itu belum boleh disahkan. Dalam hal Bersih 3.0, saya sangat-sangat menyesal kerana melibatkan kerosakan keharmonian negara.
Sebenarnya, saya tidak pernah bersetuju secara peribadi hal-hal yang sedemikian, melainkan desakan rakan-rakan bukan Islam dalam pakatan. Sebagai Ketua, saya perlu adil kepada semua dan memenuhi segala keinginan mereka walaupun ianya sebenarnya bertentangan dengan kehendak saya.
PRU13 akan menjelang tidak berapa lama lagi, sekiranya saya tewas kali ini, saya akan kembali ke Amerika Syarikat dan kembali mengajar di universiti di sana.
Kepada rakyat Malaysia, saya akui Datuk Seri Najib adalah seorang pemimpin dan pentadbir yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia.
“SEBANGSA SEJIWA SENEGARA”
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun
Anwar Ibrahim, Ketua Umum,
Parti Keadilan Rakyat (PKR) 17 Ogos 2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
MAJLIS pelancaran model terbaru Proton - Preve di Seri Kembangan, Selangor, pada 16 April 2012. Preve berharga dari RM59,990 hin...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
2 comments:
aku ingatkan betul2 .. haha .. wakenabeb ..
Alat Penjimat Minyak Kereta Gred A ..
penipu,aku x rasa dia akan minta maaf!
Post a Comment