SELESAI...Safee (kiri) dan Sabrina (kanan) keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam. |
Apalah yang menjadi penyebab pemain bolasepak negara ini akhirnya berpisah jua dengan isterinya. Baru saja mendapat hasil lumayan setelah mendapat tawaran bermain di negara jiran.
Walau apapun KBC tak nak komen banyak-banyak, kerana ini adalah takdir tuhan. Kita cuma mampu merancang tetapi Allah Ta,ala saja yang menentukannya.
SHAH ALAM: “Alhamdulillah, semuanya sudah selesai,” kata Sabrina Yusof, bekas isteri penyerang Harimau Malaya, Safee Sali selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini, membenarkan permohonan pasangan itu untuk bercerai secara baik, semalam.
Sabrina, 30, ketika ditemui sejurus selesai prosiding tertutup itu berkata, dia mengharapkan perceraian itu menutup segala spekulasi berhubung kemelut rumah tangganya.
“Ini kenyataan pertama daripada (mulut) saya. Saya harap supaya tiada cerita buruk selepas ini,” katanya yang berasal dari Kuching.
Menurutnya, meskipun tidak hidup bersama lagi, dia dan bekas suami sudah berjanji untuk mengutamakan kebajikan anak mereka.
- MYMETRO
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?