Monday, April 2, 2012

ANWAR DAN PAS TETAP BUAT BODOH SAJA...!!!


Pas tetap tidak menghalalkan ahlinya dan tidak akan menghantar wakil untuk mengikuti pendedahan video murtad oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali di kediamannya kata Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abd Rani Osman.

Pendedahan ini tak penting bagi mereka kerana bakal menyebabkan PAS akan lebih berpecah-belah dan berpuak-puak, itulah yang ditakutkan PAS Selangor.

Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Nik Aziz dan Pas Pusat bahawa tidak perlu layan apa yang Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ingin bongkarkan.

Kononnya banyak lagi benda besar yang hendak diberikan tumpuan seperti pengundi hantu dan rasuah untuk menuju PutraJaya canang mereka. PAS menganggap isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, pendedahan video murtad adalah tidak penting.

Jikalau begitu, apalah gunanya PAS jadi parti agama Islam...?? Hal orang Islam murtad pun tak nak ambil tahu..?? Ini belum lagi dapat memerintah Malaysia ni, dah dapat nanti langsung tak nak ambil tahu isu besar sebegini..!!!

Menurut Pas Pusat dan Selangor sememangnya sentiasa menentang sebarang usaha pihak tertentu yang cuba memurtadkan umat Islam tetapi dah ada kes pembongkaran sebegini tak nak ambil tahu pula.

Sepatutnya isu murtad memang perlu kita tangani walaupun ada repot hanya seorang yang terlibat, ini dah banyak pun PAS tak nak ambil peduli.

Pas dah lupa asal dan tujuan ianya ditubuhkan, ahlinya dah mula lupa ingatan kerana ketuanya dah mula nyanyuk...!!!

6 comments:

  1. hamPAS n P Gay R ni tak payah buat2 bodoh pun dah nampak bodoh.

    ReplyDelete
  2. Memang PAS parti ajaran sesat. Undi Pakatan Rakyat binasa Islam.

    ReplyDelete
  3. Maaf kawan, sebetulnya PAS bukan buat2 bodoh tetapi PAS sebenar-benarnya memang BODOH tahap cipan -SOMBONG BODOH...!!!!

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,

    Jangan hanya dek imbuhan wang yang tak seberapa dan posisi jawatan yang sementara,anda sanggup menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.Bayangkanlah bagaimana mungkin anda menyuapkan hasil dari sumber yang menjijikkan ini ke mulut ahli keluarga anda.Bersegeralah untuk bertaubat dan hadirkanlah diri ke majlis-majlis ilmu supaya diberikan panduan untuk anda melihat dengan mata hati yang mana satu kebenaran dan yang mana satu kebatilan.

    ReplyDelete
  5. Dr Rani dah cakap, isu murtad ni isu kecil jer...

    NURUL IZZAH HALALKAN HUBUNGAN GAY? BOLEH JATUH KUFUR! Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. Carilah sebanyak mungkin ilmu Allah sebelum ajal datang mengundang.Sesungguhnya pada kesempatan masa dan nikmat kesihatan yang diberikan,gunakanlah ia sebaik mungkin untuk mempertingkatkan keimanan kita terhadap Allah.Imbuhan dan posisi jawatan yg kita kejar hanya bersifat sementara

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?