Thursday, February 23, 2012

AZNIL BAKAL DILANTIK MENJADI SENATOR..!!!



Yahoo! Malaysia melaporkan Pensyarah Kanan Pengajian Media Universiti Malaya, Profesor Dr Abu Hassan Hasbullah menyatakan tentang peranan dan pengaruh industri hiburan yang berkembang ke period yang lebih besar di dalam kurun informasi ini.


Bahkan kepentingannya berlebihan berbanding di dalam kurun-kurun sebelumnya yang rata-rata hanya berlegar tentang posisi hiburan khususnya pada media seperti filem, televisyen, dan bahan bercetak misalnya akhbar dan majalah. Kandungan hanya berpusat pada hal ehwal kehiburanan seperti naskah-naskah filem, drama, lagu, artis dan sebagainya.

Sebaliknya sekarang kata Dr Abu Hassan, adalah era ekonomi kreatif dengan industri kreatif sebagai salah satu industri utama, atau industri ketiga dalam KDNK negara bahkan dunia seluruhnya.

Maka tentulah untuk menguruskan industri kreatif memerlukan mereka yang memiliki keupayaan pengetahuan yang mendalam tentang makna, bentuk, kandungan, dasar-dasar, rencana strategi dan masa depan bukan sekadar hanya berasaskan pengalaman dalam industri hiburan semata-mata.

Justeru itu Dr Abu Hassan yang juga juri tetap program Pilih Kasih, semalam mencadang beberapa nama warga seni yang pada perkiraannya mampu mengambil alih suara Jins Samsuddin sebagai Senator di Dewan Negara.

Katanya juga, industri kreatif memerlukan suara untuk pihak penggubal akta atau pelaksana kerja-kerja negara turut mendengar apa yang harus diperkatakan oleh wakil industri kreatif. Aznil Nawawi, Rosyam Nor, Eirma Fatima, Aziz M Osman dan Datuk Faridah Merican antara yang disebut-sebutnya di dalam perkiraannya selaku pemerhati politik dan hiburan Malaysia.

Cadangan itu disambut baik oleh pengacara popular Akademi Fantasia, Aznil Nawawi yang menghargai perkiraan Dr Abu Hassan yang melihatnya sebagai antara yang memiliki kelayakan menjadi wakil suara industri kreatif.

“Saya merasakan amat dihargai apabila disebut sebagai yang layak untuk menjadi Senator di Dewan Negara. Namun begitu kepercayaan ini tentunya datang bersama tanggungjawab yang besar. Setelah berada di dalam dunia penyiaran dan hiburan kurang lebih 22 tahun, saya menjadi saksi kepada kepelbagaian pasang surut industri seni apalagi sepak terajang di dalam gelanggang ini. Pelbagai cerita kekecewaan dan kecapan kejayaan dapat dijadikan pemangkin kepada penggubalan dasar hiburan negara yang lebih terancang, realistik dan komprehensif.

“Bagi saya perlantikan seseorang untuk mewakili bidang hiburan di peringkat tertinggi dan melaporkan diri secara terus kepada pemerintah adalah umpama seorang menteri yang mempunyai KPI nya tersendiri. Bagi saya dia adalah Menteri Hiburan.

“Saya bersedia untuk menjadi perwakilan golongan seni ke Dewan Negara jika diberi peluang dan akan memastikan segala penggubalan undang-undang dan dasar pembangunan negara mengambil kira hak dan suara penggiat seni. Pemahaman mengenai sosio ekonomi dan politik negara amat penting dan bukan sekadar mampu berdebat mengenai isu-isu kecil dunia seni seperti gosip, kontroversi dan skandal,” kata Aznil.

Aznil yang kini sudah menamatkan kerjaya sebagai penyampai radio Era, melihat tanggungjawab ini bukan sahaja untuk golongan seni semasa malah untuk mereka pada masa akan datang. Baginya ia satu tanda aras belum kita nampak dalam pencapaian kemajuan bidang ini sejak negara mensasarkan tahun 2020 sebagai tahun Malaysia Maju.

Bidang hiburan agak ketinggalan jauh berbanding bidang lain yang begitu cepat mengejar kemajuan terutama dari segi digital, informasi dan teknikal.

“Kita ada kurang dari 8 tahun untuk tujuan itu supaya dunia hiburan dapat berdiri sama tinggi dengan bidang lain. Saya sudah melibatkan diri sebagai penggiat seni sejak dari zaman analog (pengurusan secara tradisional, kecil-kecilan dan hardcopy) sehinggalah di zaman digital (serba serbi secara IT) ini amat merasakan kita tidak seharusnya hanyut dalam dunia permodenan. Saya menjadi saksi dan penggiat aktif dalam perubahan infrastrukur pembangunan.

“Jadi kepandaian akademik, pengalaman jatuh bangun dan keupayaan membuat unjuran perniagaan ini di masa akan datang harus digandingkan dalam menyuarakan perjuangan di peringkat yang didengari. Ya, saya bersedia,” katanya bersemangat.

Pada Aznil, seseorang Senator yang mewakili golongan seni di Dewan Negara seharusnya memainkan peranan sebagai perwakilan rakyat dan menteri dunia hiburan. Dia seharusnya berupaya mewakili golongan seni, pertama untuk bercakap mengenai sejarah - kerana hanya mereka yang tahu asal usul bidangnya yang akan memahami situasi semasa.

Menurutnya, dengan mengetahui sejarah, sektor yang diwakili itu juga memperlihatkan tindakannya lebih realistik dalam menyuarakan setiap tuntutan. Pengetahuan latarbelakangnya juga memungkinkan seseorang itu membuat analisa yang lebih mendalam.

Beliau juga akan dilihat sebagai seorang yang memahami perjuangan golongan yang sebelumnya. Senator yang mewakili golongan seni turut harus sekurang-kurangnya memahami sejarah pembangunan dunia seni hiburan negara maju lain sebagai perbandingan.

“Ini penting untuk melihat akan kesesuaian dasar mereka yang boleh digunapakai oleh negara kita. Tiada guna jika kita menjadi perwakilan di Dewan Negara jika kita sendiri tidak tahu dari mana kita bermula dan suara kita dilihat sebagai suara kosong. Jadi di sinilah peranan 'kementerian hiburan' itu memainkan peranannya sebagai penyimpan data dan sejarah jatuh bangun dunia hiburan.

“Kedua, bercakap mengenai masa kini - seseorang Senator yang mewakili dunia hiburan seharusnya seorang yang peka kepada perubahan dan perkembangan dalam dunia hiburan tempatan dan luar negara. Dia seharusnya tidak terperuk dengan kaedah lama yang sudah 'tamat tempoh' tetapi seharusnya lebih terkini.

“Fungsi Senator harus mampu bercakap dan bertindak mengikut formula dan acuan masa kini dan tidak dilihat sebagai terkebelakang. Untuk lebih relevan, fungsi Senator itu juga harus menjadi ejen perubahan kepada industri yang diwakilinya. ‘Mind set’ penggiat seni juga harus diubah dan melalui revolusi untuk bergerak sepantas perubahan IT.

“Tidak segan pada perubahan IT menjadikan beliau sebagai seorang yang kebal diuji arus permodenan. Kita harus didedahkan, dipersiap dan diberi peluang untuk bersaing di peringkat global pada masa kini. Fungsi mewakili masyarakat seni masa kini bukan sahaja dari segi IT tetapi juga dari segi modal insan,” katanya.

Lebih daripada itu kata Aznil, Senator harus boleh bercakap, berbahas dan membuat usul mengenai hak golongan seni mengenai apa sahaja termasuk soal kebajikan, budaya, pendapatan, jati diri, pembangunan diri, penyelidikan, kesihatan, simpanan, perniagaan, moral, persaingan, anjakan diri, kebebasan berkarya, kebebasan bersuara, kebebasan memberi pendapat, kebebasan bertanya, nilai tambah, kepelbagaian berbanding pengkhususan, multi skill dan sebagainya.

Ketiga kata Aznil, harus boleh bercakap mengenai masa hadapan. Ini penting kerana fungsi Senator dilihat sebagai pencipta landasan baru untuk generasi akan datang. Fungsinya juga adalah untuk memastikan keputusan yang dibuat hari ini akan terus relevan untuk masa depan.

“Peranan yang lebih penting adalah untuk mempersiapsediakan penggiat seni kita untuk bersaing di peringkat global dan bukan hanya sebagai pemerhati. Kaedah jaguh kampung sudah tidak sesuai. Fungsi ini harus disulam dalam banyak perancangan masa depan kerajaan terutama dalam bidang pelajaran, latihan, komunikasi, teknologi dan sumber manusia.

“ Wawasan yang jauh harus menjadi agenda yang tidak kurang penting dalam merangkakan pembangunan sektor hiburan di 'kementerian hiburan' ciptaan Senator Hiburan ini. Kerja ini memerlukan sokongan tenaga pakar penyelidik teknikal dan disokong oleh potfolio besar bukan persatuan kecil atau perseorangan.

“Dan keempat, bercakap mengenai sektor lain juga. Walaupun hanya mewakili golongan seni, fungsi Senator seharusnya dilihat sebagai seorang yang tahu perkembangan sektor lain dan tidak syok sendiri. Seharusnya juga dia juga mampu berdebat dan membeti pendapat pada isu negara yang lain dan tidak hanya terhad kepada dunia hiburan.

“Prioriti kepada semua fungsi di atas, bahu Senator sebagai 'menteri hiburan' tentunya bertindak sebagai pemberi maklumat, latar belakang, kajisn terperinci, resolusi dan pengukur keberkesanan kepada penggubal dasar kerajaan. Maknanya, dalam apa sahaja dasar yang ingin dibentuk atau diubah oleh kerajaan seharusnya mengambil kira suara wakil sektor hiburan,” katanya.

2 comments:

  1. Si Aznil ni kalau dah jadi senator kelak, kena hati hati ... takut bertemu dengan sheikh al juburi di tempat yang salah dan pada waktu yang salah .. mau al juburi bertindak macam kambing jantan tercium burit kambing betina ...

    Menjubo dan memantat sana sini, lepas tu tunjuk alaim dan baik depan rakyat, namun kaldai dan baghal tetap tertipu juga !!!

    ReplyDelete
  2. Sokong kerana kita perlu menambah golongan lembut dan suka bontot ke dewan.

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?