Saturday, October 29, 2011

HASUTAN PEMBANGKANG HANYA KERJA BUANG MASA...!!!



Felcra Berhad (Felcra) mengesan tindakan pihak tertentu yang menjalankan kegiatan menghasut peserta agensi tersebut terutamanya masyarakat Orang Asli supaya membenci kerajaan. Kegiatan itu dikesan berikutan penemuan risalah memburuk-burukkan kerajaan serta agensi berkenaan di sekitar perkampungan Orang Asli di negeri ini.

Bagaimanapun tindakan tersebut hanya sia-sia memandangkan rata-rata peserta Felcra menyedari komitmen berterusan kerajaan dalam meningkatkan kualiti hidup golongan berkenaan. Niat buruk mereka jelas bertujuan menghasut peserta Felcra membenci pihak pengurusan serta kerajaan.

Pengerusi Felcra, Datuk Tajuddin Abd. Rahman meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk pembinaan sebuah surau yang dilengkapi alat pendingin hawa bagi memberi keselesaan kepada masyarakat Orang Asli menunaikan ibadat.

Penubuhan Felcra banyak membantu penduduk asal negeri ini menikmati taraf hidup yang sempurna melalui pemberian dividen serta pembinaan rumah yang lebih selesa. Seramai 450 peserta Orang Asli Felcra di seluruh Perak kini mampu memperolehi pendapatan purata RM500 hingga RM600 sebulan mengikut keluasan pegangan hak milik mereka.

Felcra juga telah mengeluarkan dividen sebanyak RM1 juta kepada 450 peserta Orang Asli sepanjang tahun lalu selain membelanjakan nilai sama untuk penyediaan kemudahan mereka di negeri ini.

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?