DAH KATA KERJA MENGHASUT PEMBANGKANG CUMA SIA-SIA..!!!
Penantian 551 generasi kedua dari empat kawasan Felda di sini untuk memiliki rumah baru sejak dua tahun lalu akhirnya tercapai.
Mereka dari Felda Bukit Ramun (170), Felda Bukit Besar (67), Felda Pasir Raja (97) dan Felda Sungai Sayong (217) menerima berita gembira itu yang disampaikan Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique baru-baru ini.
Halimah berkata, pada Bajet 2012, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan diberi peruntukan tambahan untuk membina 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat dan daripada jumlah itu, sebanyak 551 unit diperuntukkan untuk generasi kedua di gugusan Felda Bukit Besar di sini.
"Segala urusan berkaitan edar dan serah borang, temuduga, lawatan tapak, pelantikan peguam, tandatangan perjanjian jual beli dan sebagainya akan diuruskan oleh SPNB tidak lama lagi.
"Kerja-kerja membina rumah dijadualkan bermula pertengahan Januari 2012 iaitu dua minggu selepas pelantikan kontraktor dilakukan oleh SPNB dan ia dijadual disiapkan dalam masa enam bulan," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Ramah Mesra Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jawatankuasa Penyelarasan Parlimen Tenggara dan SPNB di Dewan Raya Kampung Felda Bukit Besar di sini.
Seorang penerima rumah tersebut, Azhar Abd. Manab, 47, dari Felda Bukit Besar bersyukur kerana nasib generasi kedua Felda sepertinya sentiasa mendapat perhatian kerajaan.
"Pengumuman itu melegakan sekali gus menjawab serta menafikan persoalan, tohmahan dan kemusykilan yang menghantui kami selama ini. Ia juga cukup bermakna bagi kami yang sememangnya memerlukan rumah sendiri," kata bapa kepada lima orang anak itu.
Mohd. Hata Kamal, 45, pula tidak dapat menahan sebak serta terharu selepas menerima perkhabaran gembira itu.
"Mudah-mudahan segala perancangan berjalan dengan lancar dan impian untuk tinggal di rumah sendiri bersama keluarga menjadi kenyataan," katanya yang tinggal bersama ibu bapa mentua di Felda Sungai Sayong di sini.
Sahara Ahab, 39, dari Felda Pasir Raja pula berterima kasih kepada kerajaan kerana diberi tapak untuk mendirikan rumah sendiri.
"Saya akan memanfaatkan tanah ini dengan membina rumah sendiri untuk kami sekeluarga," katanya.
- UTUSAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?