BLOGGER PENCACAI PAKATAN PR MINTA MAAF BUAT FITNAH..!!!
Penulis blog Sabahkini.net, Abdul Mutalib Mohamed Daud hari ini mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berhubung penyiaran empat rencana yang memfitnah menteri terbabit pada Januari lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Amelia Tee Hong Geok Abdullah merekodkan persetujuan tersebut selepas ia dibacakan oleh peguam-peguam yang mewakili kedua-dua pihak terbabit tanpa sebarang kos dikenakan terhadap Abdul Mutalib selaku defendan.
Pada prosiding hari ini, Rais selaku plaintif diwakili peguam, Shahabudin Sheikh Alaudin manakala defendan diwakili peguam, K. Shanmuga. Kes saman fitnah yang difailkan oleh Ahli Parlimen Jelebu itu pada 10 Februari lalu, dijadualkan untuk pengurusan kes hari ini.
Terdahulu, ketika membaca pernyataan bersama yang telah dipersetujui, Shahabudin memberitahu, defendan telah menarik semula kesemua empat artikel dan bersetuju bahawa dakwaan-dakwaan bahawa plaintif yang juga seorang peguam bertauliah terlibat dalam satu jenayah seksual dengan seorang pembantu rumah warga Indonesia adalah tidak berasas.
Ia berikutan penarikan semula dakwaan terbabit oleh pembantu rumah itu yang kemudiannya turut disiarkan oleh defendan. Abdul Mutalib juga telah memberikan akujanji tidak akan mengulangi penerbitan bahan fitnah tersebut, ujar peguam tersebut.
Sementara itu, Shanmuga pula ketika membaca pernyataan bersama menyatakan, anak guamnya sangat menyesal dengan penerbitan artikel-artikel terbabit terutamanya selepas pembantu rumah warga Indonesia itu menarik semula dakwaan tersebut.
Oleh yang demikian, beliau dengan ikhlas hati memohon maaf dan bersetuju dengan perintah persetujuan yang dikemukakan.
Rais mengemukakan saman itu kerana mendakwa Ahmad Mutalib menyiarkan empat artikel antara 1 dan 7 Januari lalu dalam laman blognya di http://sabahkini.net yang mengandungi perkataan-perkataan berniat jahat dan memfitnah beliau.
Beliau menyatakan, dakwaan tersebut telah menjatuhkan reputasinya sebagai seorang individu dan seorang profesional di dalam dan luar negara serta memalukan serta memberi tekanan kepada beliau.
Pada 5 Julai lalu, Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof memutuskan bahawa seorang lagi blogger, Amizudin Ahmat, 42, yang juga merupakan anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) bertanggungjawab memfitnah Rais, 69, menerusi sebuah artikel yang dipaparkan dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.
Amizudin kemudiannya diperintahkan membayar gantirugi serta kos berjumlah RM400,000.
TAHU PULAK TAKUT PUKI MAK NI..IKUT SEDAP DIA JER NAK NGATA2 ORANG..
ReplyDeletesenanglah hidup ko, fitnah orang pas tu mintak maaf,kalau benar ko mengaku islam ko takkan mefitnah orang lain,orang islam sedia maklum fitnah adalah dosa besar yg tiada keampunan dari Allah.jawab ko balasan Allah.
ReplyDeletelaaaaa agak babi, aku ingatkan dia ni manusiaaa....
ReplyDeleteALA..ESOK LUSA FITNAH BALIK...FITNAH KAT MALAYSIA NI XDE APA2 PUN....MMG MALANG DPT KETUA KDN PALING LEMBAB DAN BANGANG....
ReplyDeleteOooo... babi rupanya dia ni. aku ingatkan manusia. patutlah suka makan fitnah.
ReplyDeleteSAMAN JER NAJIS MUGHALLAZAH NI. BIAR DIA CIUM BONTOT ANWAR UTK SARA HIDUP DIA YG MENG KEJI LAKNATULLAH TU.
ReplyDelete