ANWAR IBRAHIM HANYA BERMIMPI...!!!
Kelemahan pembangkang jelas terserlah apabila bertindak memperkenalkan belanjawan yang bertemakan ‘Kesejahteraan untuk semua’ hari ini tanpa mengetahui perkara-perkara asas dalam ekonomi. Ahli akademik, Dr. Chandra Muzaffar berkata, bagi merealisasikan belanjawan tersebut, pembangkang sepatutnya menyatakan juga sumber-sumber mereka.
“Butiran yang dinyatakan oleh pihak pembangkang itu jelas menunjukkan mereka tidak mengetahui pelaksanaan struktur dan landskap ekonomi.
“Kerajaan telah lama menyediakan belanjawan tersebut setelah mengambil kira hal ehwal semasa dan ekonomi dunia, mustahil untuk kerajaan meniru belanjawan pembangkang yang kabur itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) diminta mengulas tindakan pembangkang mengumumkan belanjawan bayangan, tiga hari sebelum kerajaan membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat ini.
Sementara itu, pensyarah ekonomi Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof. Amir Baharuddin berkata, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya bermimpi ketika menyediakan belanjawan tersebut.
“Belanjawan pembangkang itu tidak akan dapat direalisasikan pada tahun depan mahu pun pada tahun-tahun akan datang kerana seluruh dunia kini sedang berhemat dan berusaha mahu mencapai pertumbuhan.
“Kerajaan tidak akan meniru atau menciplak belanjawan palsu itu ekoran peruntukan tersebut tidak berasas kerana pada tahun depan negara akan menghadapi cabaran cukup getir apabila negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Eropah sedang mengalami kemerosotan,” katanya.
Jelas Amir, pembangkang dan Anwar boleh meneruskan mimpi-mimpi mereka itu dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan. “Kerajaan masih mempunyai ramai manusia yang boleh berfikir.” katanya yang merupakan salah seorang pakar yang terlibat dalam merangka belanjawan untuk negara selama 35 tahun.
Dalam pada itu, penganalisis ekonomi, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, pembangkang boleh merancang apa sahaja kerana negara ini mengamalkan sistem demokrasi.
“Bagaimanapun, pembangkang sepatutnya menunggu kerajaan membentangkan Belanjawan 2012 Jumaat ini terlebih dahulu sebelum mahu mencadangkan perkara baru.
“Merangka belanjawan bukanlah semudah seperti yang dilakukan oleh pembangkang kerana saya pernah berkhidmat dalam Kementerian Kewangan selama 27 tahun,” katanya.
Assalam Bro
ReplyDeleteItu bekas Menteri kewangan yang nak jual Malaysia pada IMF sebelum dipecat tu kan pakar ekonomi... Tapi pelik juga sebagai ex menteri kewangan mesti dia tahu beban nak menyediakan budget untuk Malaysia... ini macam tersedar dari mimpi terus sedaikan budget... dia ingat nak buat budget parti tupperware ke...
ajai 62.
ReplyDeleteengkau jangan kata begitu. jangan rendahkan martabat nuar. kalau engkau nak tahu nuar ni puna-sihat keuwangan selangor berharga RM 1 bellon.aku tak pernah dengar puna-sihat gaji semahal itu.kalau 1 malaysia aku pernah dengar.