KLBOYZ CHANNEL

Friday, June 10, 2011

PENAGIH DADAH DI MUAR MENGAMUK DAN MERUSUH


Penghuni Puspen Merusuh, Bakar Bangunan Pentadbiran Dan Rumah Pelawat

Sebuah bangunan pentadbiran dan sebuah rumah pelawat di Pusat Pemulihan Penagih Narkotik (Puspen) Muar di Sengkang, Bukit Gambir, dekat sini, musnah dalam kebakaran ketika penghuninya merusuh malam tadi.

Sembilan buah kereta dan sebuah motosikal turut dirosakkan dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 8 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Ledang, DSP Mohd Salleh Abdul Razak ketika dihubungi, tidak menolak kemungkinan ada pelatih pusat pemulihan tersebut mengambil kesempatan melarikan diri dalam kejadian tersebut.

Katanya pihaknya sedang memeriksa bilangan pelatih bagi mengesan sekiranya ada antara pelatih yang telah melarikan diri.

Mohd Salleh, yang enggan memberikan butiran lanjut mengenai rusuhan itu, berkata pihaknya masih menyiasat punca kejadian tersebut.

Katanya kebakaran di pusat berkenaan berjaya dikawal oleh pasukan Bomba dan Penyelamat pada kira-kira pukul 10 malam tadi.

- BERNAMA
Unknown at 11:50 AM

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?

‹
›
Home
View web version

INFORMATION

Unknown
View my complete profile
Powered by Blogger.