HADI AWANG AKAN TENTUKAN NASIB PEMIMPIN YANG TEWAS..!!!

Kedudukan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sama ada akan terus kekal menganggotai barisan kepimpinan tertinggi parti atau sebaliknya, akan diputuskan dalam mesyuarat parti itu, Ahad ini.
Selain kedudukan Nasharuddin dan Tuan Ibrahim, nasib beberapa pemimpin lain yang turut tewas pada Muktamar Tahunan PAS ke-57 baru-baru ini termasuk bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan turut dibincangkan pada mesyuarat berkenaan.
Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, berkata perkara itu akan diputuskan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sememangnya mempunyai kuasa penuh untuk menentukannya.
PAS akan bermesyuarat Ahad ini bagi membentuk Kabinet baru, selepas itu akan putuskan siapa individu yang bakal mengisi jawatan lantikan dan perlantikan itu adalah ditangan kuasa presiden PAS.
Sehingga kini ia masih belum dibincangkan lagi dan barisan kepemimpinan boleh mengemukakan sebarang pandangan kami kepada presiden kata Mat Sabu.
Pada pemilihan parti itu sebelum ini, Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok gagal mempertahankan jawatan disandangnya sebelum ini setelah tewas kepada Mat Sabu.
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?