PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, June 15, 2011

LAGI PERINGATAN AMARAN TERHADAP PERHIMPUNAN "BERSIH"


Setakat semalam, polis menerima 350 laporan daripada pelbagai pihak NGO, parti politik dan individu di seluruh negara bagi membantah rancangan perhimpunan haram "Bersih" mengadakan perhimpunan di ibu negara 9 Julai ini.

Ia tanda jelas betapa orang ramai pelbagai peringkat tidak mahukan perhimpunan tersebut diadakan.

Nampaknya rakyat Malaysia yakin dan telah banyak membuka mata mereka setelah menjangkakan kesan buruk yang bakal diterima masyarakat, jika penganjur masih berdegil untuk diadakan juga.

Ia setidak-tidaknya pasti mengambil kira perhimpunan anjuran Bersih pada 2007, tiada apa yang boleh dibanggakan.

Banyak betul masalah yang timbul sekarang ni, kehidupan harian orang ramai terjejas ketika itu. Mulai nampakkan kegelisahan pakatan pembangkang.

Ia seumpama ingin mencetuskan suasana huru-hara di ibu kota. Keamanan pasti tercalar-balar akibat pemimpin rakus inginkan kuasa pemerintahan negara, untuk melunaskan dendam yang telah lama terpendam.

Aktiviti perniagaan juga akan terjejas teruk. Kesan tersebut memberi impak kepada ekonomi dan pelancongan di ibu kota, melumpuhkan semuanya.

Secara sengaja kita sendiri memberi gambaran dan persepsi buruk kepada orang luar, bakal pelabur dan sebagainya di Malaysia akan datang.

Jika perkara sebegini dibiarkan berlaku sekali lagi, ketahuilah, risiko pada tahun 2007 pasti berlaku lagi dan mungkin akan lebih buruk.

Jadi, tidak hairanlah jika banyak lagi laporan polis dibuat sehari dua ini bagi membantah perhimpunan "Kotor" yang dianggap bersih oleh juak-juak pakatan pembangkang.

Para peniaga dan pemandu teksi di ibu negara pula mula rasa resah dan gelisah kembali, setelah apa yang mereka rasai semasa perhimpunan yang pernah diadakan terdahulu, kerana rezeki mereka bakal terjejas sekali lagi.

Ramai yang tidak bersetuju perhimpunan tersebut diadakan kerana akan melumpuhkan segalanya di ibu kota. Dimanakah penganjur yang berpaksikan pembangkang ni letak otak mereka ni..??

Menyusahkan banyak pihak lain...!!!

2 comments:

Anonymous said...

MULAKAN SAMAN SEKARANG - MOHON MAHKAMAH KELUARKAN ARAHAN AGAR PERHIMPUNAN HARAM BERSIH ITU TIDAK DIADAKAN. KEMUDIAN BARULAH BUAT SAMAN YANG KEDUA - TUNTUT GANTI RUGI. HANYA MAHKAMAH YANG MAMPU AJAR PEGUAM.

Anonymous said...

2009 la bersih 1.0.... itu pun tak tau ka...

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...