PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, December 24, 2010

PAKATAN RAKYAT TABUR JANJI LAGI

 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat jika PR dapat memerintah dan menang pada Pilihanraya akan datang, PR akan memberi imbuhan RM500 untuk guru. Janji manis itu adalah untuk menarik "mengumpan" perhatian hampir 537,221 jawatan didalam perkhidmatan pendidikan. PR sudah memulakan strategi baru untuk "mengumpan" keseluruhan tenaga kerja perguruan untuk menyokong mereka untuk menang pada pilihanraya akan datang.
Seperti cubaan merasuah secara terang-terangan dengan berlesen demi parti PR, agar segala hasrat Pakatan Rakyat tercapai malah dengan cadangan itu juga Kerajaan sekarang akan menerima penghinaan dan cacian dimata rakyat setelah lama mempertahankan dan memperjuangkan guru sebagai pembina negara.
 Kenaikan kos sara hidup yang menjadi-jadi sekarang boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menyahut menerima apa sahaja yang ditawarkan oleh Pakatan Pembangkang walaupun pada dasarnya kita tahu yang mereka ni tak berkemampuan nak melaksanakannya.

Kita tahu juga impian PAS tidak akan jadi kenyataan jika PR dapat berjaya menjadi kerajaan, cukup jelas dengan kenyataan Karpal Singh ( Presiden DAP ) menekankan bahawasanya " cukuplah sekadar mereka memahami Islam sebagai Agama Rasmi " , mesej yang amat jelas daripada DAP yang tak inginkan PAS yang mahukan negara Islam.
Konteks yang amat jelas sekali, DAP yang seperti " memperkanak-kanakan" Ahli Pemimpin PAS. Setakat mahu memperakui Islam sebagai agama rasmi negara sahaja, sememangnya dah termaktub dalam Perlembagaan dari dulu lagi. Pas sepatutnya mempertahankan asas perjuangan mereka, sebaliknya seperti menggadaikannya demi menurut kehendak parti bukan Islam.

Antara Insiden yang menjadi isu dan dilihat PAS gagal menanganinya ialah pengawalan penjualan arak secara terbuka, penggunaan Kalimah Allah, wakil rakyat bukan Islam berucap diruang solat surau, dan terbaru isu notis perobohan Surau Al-Hidayah yang terletak di Rawang.

Sepatutnya mereka ni mesti bersikap jujur dalam memperjuangkan asas parti PAS sebenar kerana mereka mempunyai keahlian yang agak ramai juga dalam PR. Tetapi PAS tidak mengambil peluang pada konvensyen yang lalu untuk membuktikan mereka ni bukanlah " Kuda Tunggangan " DAP.

2 comments:

Anonymous said...

Bro, patut gmbr RM500 tu bukan letak gmbr agong. Letak le gmbr anuaawww jubor tu. Mau umpan guru pulak pasni... akan dtg umpan polis pula, pastu doktor2, nurse2.. akhir sekali pekerja kutip sampah pun dia nk umpan. Pendek kata semua si penjubor tu mau umpan, sebab janji hanya gune air liur je, x pyh pakai duit. Kah.. kah.. kah...

Psstt: nnt suruh Jeffry Dimensi buat gmber duit kepala anuuuaww eh. Hehe

Aku Peduli Apa @ APA said...

Salam perjuangan KLBC.

Terima kasih sudi singgah di blog saya.Saya dh link blog sdra di blog saya.

Semoga kita akn terus dapat bersama dalam perjuangan ini.

Salam

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...