NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Saturday, August 31, 2013
APA ERTI KEMERDEKAAN JIKA...???
Korang tahu ke tak kenapa kita menyambut hari kemerdekaan tanahair kita, korang main sambut je tanpa mengetahui dan mendalami maksudnya..??
Sambut kemerdekaan kerana dapat buat apa saja ke malam ni..?? Berkumpul ramai2 bergembira suka ria termasuk berhibur di kelab2 malam dan bar dan sebagainya, atau pun sebaliknya...??
Fahamilah erti sebenar Merdeka bagi menyambut hari kemerdekaan disebutkan, "Bebas" dengan keamanan yang tercipta sehingga kini kita bebas bersaudara tak kira apa bangsa sekalipun.
Inilah erti kemerdekaan yang KBC maksudkan...!!!
Cuba baca artikel dibawah ni...
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan terus berusaha memastikan rakyat bebas daripada cengkaman ketakutan, terutamanya jenayah terancang seperti pengedaran dadah, kongsi gelap dan penggunaan senjata api.
Perdana Menteri berkata dalam usaha membanteras kegiatan jenayah, kerajaan telah mengambil langkah mendedahkan nama 49 kumpulan kongsi gelap yang didapati melanggar undang-undang Akta Pertubuhan 1966 untuk maklumat umum.
"Keselamatan anda dan keluarga sentiasa diambil berat oleh pihak berkuasa.
"Saya yakin pihak berkuasa, dengan pertolongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS), akan mempergiatkan usaha mengesan dan membanteras aktiviti jenayah berat setiap masa," katanya dalam laman sosial Facebook beliau hari ini.
Bermula hari ini, PDRM menerusi laman sosial facebook miliknya telah menyiarkan logo 49 kumpulan kongsi gelap terbabit, bagi membolehkan orang ramai memahami maksud sesebuah logo itu sekali gus menghindari mereka daripada terlibat dengan sebarang kumpulan kongsi gelap.
Dalam posting itu, Najib turut memberi pautan nama-nama kumpulan kongsi gelap berkenaan yang boleh dilihat di www.bernama.com dan www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia.
Sehubungan itu, Najib menyeru orang ramai untuk sama-sama menyumbang kepada keselamatan negara, seperti berkongsi sebarang maklumat berkenaan kegiatan atau anggota kumpulan berkenaan.
"Kongsi dan sebarkan maklumat ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda. Bersatu ke arah Malaysia yang lebih aman dan tenteram," katanya.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, yang mengumumkan nama kongsi gelap terbabit semalam, berkata kumpulan itu dikategori haram mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966 pada 28 Ogos 2013 melalui perwartaan P.U. (A) 272/2013.
Beliau berkata kumpulan itu dikesan menjalankan kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Berikut merupakan kenyataan itu, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin yang dimaksudkan oleh Raja Petra Kamarudin adalah seorang pegawai ...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Sekarang dah nampak terserlah lah perangai buruk Ketua Pemuda UMNO Kapar ni, kerana tak dapat keuntungan berniaga pasir maka bertindak ke...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...
-
Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi. Kerajaan Pa...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Satu berita baik bakal dilaksanakan buat 1.4 juta kakitangan awam disektor Kerajaan, mereka yang terlibat bakal menerima kenaikkan gaji t...
-
Ini semua adalah rekaan dan perangkap sama sekali untuk menjatuhkan kepimpinan Najib yang sedang mencipta nama sebagai Perdana Menteri. ...

No comments:
Post a Comment