NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Thursday, August 29, 2013
10,000 RISALAH SYIAH UNTUK DIEDAR DIRAMPAS..!!!
Melaka: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas lebih 10,000 naskhah risalah berkaitan Syiah yang sudah diedar dan baru dicetak di sebuah kilang percetakan di Cheng di sini, Isnin lalu.
Rampasan berasingan itu dilakukan bermula Jumaat lalu di kawasan letak kereta sebuah pusat beli-belah di Ayer Keroh di sini, apabila sebanyak 140 naskhah risalah dirampas selepas JAIM menerima aduan ia diedarkan dua lelaki warga asing yang meletakkannya di cermin kenderaan.
Manakala menerusi serbuan dilakukan JAIM dan KDN di kilang percetakan itu berjaya merampas tujuh bungkusan besar berjumlah 10,000 naskhah risalah jenis sama yang baru dicetak dipercayai untuk edaran.
Risalah 40 muka surat bertajuk ‘Bahaya Syiah?’ antaranya mengandungi laporan polis empat muka surat mengenai dakwaan pengikut Syiah gagal mendaftarkan pertubuhan berkenaan, penjelasan mengenai Deklarasi Amman mengenai perjanjian dalam kalangan ulama dan cendekiawan Islam berbeza mahzab yang secara khususnya turut mengiktiraf lapan mahzab termasuk Syiah.
Selain itu, turut dimuatkan penjelasan mengenai Syiah berkaitan fatwa dan pelbagai tuduhan terhadap mereka sebelum ini dan turut diselitkan petikan dan laporan akhbar berkaitan isu Syiah.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata, pihaknya menerima aduan berhubung risalah berkenaan yang didapati mengandungi perkara berkaitan Syiah.
“Ia didakwa diedarkan dua lelaki warga asing yang meletakkannya di cermin kenderaan di situ selepas solat Jumaat pada hari itu. “Kita merampas semua bahan cetakan itu kerana ia jelas mengandungi mengenai Syiah dan penerbitannya juga didapati tidak sah,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Wah hebatnya laungan negara berkebajikan Nik Aziz, setakat cakap saja dan memang dah tak sedar diri, dah nyanyuk orang tua ni bila berkata...
-
Kenapalah pemikiran orang PAS ni terlalu singkat sangat pemikiran mereka, budak kecil pun lagi cerdik berfikir dari dia orang ni. Tempat...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Dalam 100 kali saranan yang dibuat oleh PAS, baru kali ini la rasanya setuju sangat dengan saranan mereka ni. Pemuda PAS berharap pemantaua...
-
Pas tidak akan memasukkan pelaksanaan undang-undang hudud dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang. Presidennya, Datuk Seri Abdul ...

1 comment:
Penjelasan, perdebatan, perbahasan atau muzakarah dgn syiah sgt tidak boleh dipercayai kerana konsep taqiah mrk. Kerana itulah dikatakan mrk ini golongan yg jgn diajak bicara.
Post a Comment