PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, February 3, 2013

AZNIL NAWAWI DAH BERGELAR DATUK....!!!



Tahniah buat pengacara, pelakon dan penyanyi Aznil Nawawi, 51, atas penganugerahan pingat Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk di Istana Negara sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2013, kelmarin.

Bangga dengan anugerah diterima Aznil kerana sumbangan anak jati Kuala Lumpur itu dalam dunia penyiaran dan juga seni selama lebih 20 tahun dihargai Kerajaan Persekutuan.

Penganugerahan itu diberi kerana Aznil banyak membabitkan diri dengan aktiviti masyarakat bersama Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kesihatan.

Ini juga bukan anugerah pertama diterimanya kerana pada 2008 Aznil pernah menerima pingat Johan Mangku Negara sempena sambutan hari Wilayah Persekutuan dan pada November 2012, menerima pingat Johan Setia Mahkota sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

Sebagaimana kata Aznil dalam akhbar Harian Metro kelmarin, dia tidak lagi memandang populariti kerana tanggungjawabnya kini lebih besar untuk mencapai impiannya melahirkan lebih ramai anak muda berbakat diketengahkan di persada antarabangsa.

Bagi pengikut setia akhbar ini, tentu tahu semangat dan impian yang sering ditiupkan Aznil melalui ruangan Borak Pak Nil.

Kalau selama ini pembaca mesra dengan panggilan Pak Nil, kini nampaknya ada nama baru Tok Nil, sekali gus membariskan ramai penggiat seni tanah air dengan gelaran sama seperti Tok Ti untuk Datuk Siti Nurhaliza dan Tok Pah (Datuk Sharifah Aini).

- Selebriti Metro Ahad

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...