Saturday, August 4, 2012

SUARA HARAM PR TERUS TAK DILAYAN..!!!


Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan tidak akan berganjak dengan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" bagi sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.

Menterinya. Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, kementerian itu bertanggungjawab menterjemahkan kejayaan negara selama 55 tahun kebelakangan ini, lantas menjiwainya dengan isian setimpal.

"55 Tahun Merdeka Janji Ditepati adalah keputusan Jemaah Menteri.

Pembangkang dan sekutunya memang rasa terhimpit dengan slogan tema itu kerana mereka kini ketara sangat tidak ada rekod pencapaian,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas pemilihan “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang dipertikaikan pihak pembangkang kerana dikatakan mempunyai unsur politik.

Rais berkata, semasa musim ulang tahun kemerdekaan perihal janji kerajaan kepada rakyat perlu dihayati dan dirayakan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?