
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Tuesday, June 19, 2012
TEGURAN BUAT TOK GURU NIK AZIZ NIKMAT...!!!
Sesuatu teguran itu tidak semestinya bertujuan untuk membenci, apatah lagi mahu menghina seorang tokoh yang bertaraf ulamak, namun ketahuilah wahai saudara seiman, seorang ulamak itu tidak pernah maksum dan pastinya akan ada melakukan kesilapan dan kesalahan, hanya para RASUL sahaja yang maksum tidak melakukan dosa ketika sudah di lantik menjadi RASUL atau sebelumnya yang di panggil istilah ilmu tauhid sebagai irhas.
Lalu tanpa mengurangkan sedikit pun rasa hormat dan kasih terhadap Yang Berhormat Tok Guru Nik Aziz Bin Nik Mat ( Menteri Besar Negeri Kelantan ), dengan rendah dirinya menegur Tok Guru tentang kenyataan beliau bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W. itu ada kaitannya dengan kita bila umurnya 40 tahun yakni setelah BAGINDA menerima WAHYU.
Kenyataan beliau bahawa SAIDINA NABI MUHAMMAD S.A.W. ketika dilahirkan BAGINDA tiada apa-apa kelebihan, hanya sama dengan muhammad -muhammad budak kg biasa dan IBUNDA NYA BAGINDA pun tidak tahu BAGINDA akan menjadi RASUL dan NABI,
Kenyataan beliau bahawa ALLAH ta'ala baru melantik dengan melihat dahulu dalam ramai-ramai manusia ketika itu baru di rancang perlantikan SAIDINA NABI kita MUHAMMAD S.A.W. ini menunjukan ilmu, iradat ALLAH ta'ala mengetahui dan menghendaki sesuatu itu baharu bukan azali lagi.
Kenyataan beliau juga bahawa MAJLIS IHTIFAL MAULID SAIDINA MUHAMMAD S.A.W itu hanya kerana nak bertanding dengan orang-orang kristian menyambut krismas jesus...BENAR beliau tidak melarang tetapi kenyataan beliau ini besar mudaratnya pada aqidah AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH.
Maka antara mereka yang menghuraikan di dalam video klip diatas akan bahayanya kenyataan beliau, pada AQIDAH AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH yang mungkin sulit di fahami oleh orang awam sekarang mereka ialah:
1) Al-Fadhil Ustaz Muhammad Kazim Elias ( Pendakwah Bebas)
2) Al-Fadhil Tuan Guru Ustaz Zamihan Mad Zain Al-Ghori Al-Kelantany ( JAKIM )
3) Al-Fadhil Tuan Syaikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki ( TOKOH ULAMAK MURID MUSNID DUNYA SYAIKH YASIN AL-FADANI )
4) Al-Fadhil Tuan Syaikh Muhammad Husni Ginting Al-Langkati Al-Azhary ( MUSNID ASIA )
5) Al-Fadhil Tuan Guru Hj AbduLLOH bin Sa'amah An Najmiah ( TOK GURU PONDOK GETING KELANTAN )
6) AL-Fadhil Ustaz Zainal 'Abidin Al-Kelantany ( PONDOK KELANTAN ,UMNO )
7) Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus ( PONDOK,PENDAKWAH YOUTUBE,IKUTAN SEJUTA UMMAT, PAS )
8) AL-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Ridhwan Al-Yahya (PENUNTUT ILMU DI AL-AZHAR AS-SYARIF)
9) AL-Fadhil Ustaz Syed Ahmad Faiz Hafizuddin Al-iDrus (PENUNTUT ILMU DI AL-AZHAR AS-SYARIF)
dan muhasabah CINTA kita terhadap JUJUNGAN YANG AMAT MULIA SAIDINA WA HABIBUNA MUHAMMAD SAIDUL KAUN S.A.W oleh:
10) AL-Fadhil Ustaz Syed Najmuddin Al-Kheeired AL-Azhary (PENDAKWAH BEBAS AL-AZHAR AS-SYARIF)
Video klip diatas hanya bertujuan agar umat islam kembali berfikir, setiap apa yang di keluarkan oleh seseorang tokoh ulamak ke, ahli politik ke ustaz ke LEBIH -LEBIH lagi orang yang MASYHUR dan kita sanjungi dan sayangi tidak boleh kita terus telan bulat-bulat terima, mesti berpandukan dengan Nas AL-QURAN, HADIS, QIAS dan IJMAK ULAMAK.
Kerana AGAMA ISLAM kita bukan terbina hanya di atas semata-mata munasabah 'aqal, bahkan di bina di atas naqol. Sama-samalah kita mengambil pengajaran dengan HATI yang terbuka bukan di dorong dengan HAWA NAFSU TA'ASUB kepada mana-mana pihak dan timbangkan dengan mizan ILMU dan AQAL..!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Video rakaman bersuara Anwar dengan perempuan(Bini Orang), gatal sungguh suara Anwar menggoda perempuan. Tapi takpa, kemungkinan Kak Wa...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan ...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
1 comment:
Assalamualaikum,
Sekadar peringatan bagi yang lupa." Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan" –(Al-Maidah: 8)
Post a Comment