NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Thursday, April 26, 2012
BEKAS IMAM DIPENJARA 15 TAHUN DAN SEBAT KERANA MEROGOL..!!!
“Sebagai seorang imam, tertuduh sepatutnya tahu mengenai hukum dan tidak patut melakukan perbuatan demikian. "Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik pada masyarakat dan juga menjaga nama baik institusi yang beliau wakili," kata Hakim Mahkamah Sesyen Nua'man Mahmud Zuhudi ketika menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan ke atas bekas imam sebuah masjid kerana kesalahan merogol remaja bawah umur.
Beliau memerintahkan tertuduh Nur Akmal @ Basok Bakri Abdul Kader, 32, menjalani hukuman itu bermula hari ini. Nur Akmal, 32, didapati bersalah merogol remaja perempuan itu yang ketika kejadian berumur 13 tahun di rumahnya di Taman Perling, di sini pada kira-kira 3 petang, 21 Februari 2011.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376 kanun yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Ketika menyampaikan penghakimannya, Hakim Nua'man berkata keterangan tertuduh ketika perbicaraan hanyalah bersifat penafian semata-mata dan tidak boleh dipercayai serta gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Nur Akmal yang sudah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun pada mulanya kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan tetapi mula menitiskan air mata ketika dipeluk anggota keluarga.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Afif Ali manakala tertuduh diwakili peguam Sukhaimi Mashud. - BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Jika kita dengarkan pengakuan 11 doktor yang cuba bersekongkol dengan kumpulan perhimpunan haram jadah bersih, mereka mengatakan pihak pol...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Sekarang dah nampak terserlah lah perangai buruk Ketua Pemuda UMNO Kapar ni, kerana tak dapat keuntungan berniaga pasir maka bertindak ke...
-
Inilah gambar dizaman Ago-go dulu, lebih rock dan kacak merambu. Asal usul seorang ulama politik pemimpin Kelantan, bukan apa, janganla...
-
Berikut merupakan kenyataan itu, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin yang dimaksudkan oleh Raja Petra Kamarudin adalah seorang pegawai ...
-
Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi. Kerajaan Pa...
-
Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga b...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...

No comments:
Post a Comment