PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, March 24, 2012

WANITA DIROGOL BERGILIR-GILIR DALAM TEKSI...!!!


Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi berusia 30-an.

Lebih kejam, mangsa dicampak keluar daripada teksi selepas tiga lelaki durjana itu selesai melampiaskan nafsu masing-masing.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa menahan teksi berkenaan di kawasan rumahnya berhampiran Sunway Piramid, Subang Jaya untuk pergi bertemu rakannya di Kepong.

“Ketika dalam perjalanan, pemandu teksi terbabit menghentikan kenderaannya lalu mengambil dua lelaki dipercayai rakan subahatnya sebelum meneruskan perjalanan ke Kepong.

“Mangsa kurang senang dengan keadaan itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana lelaki yang memandu teksi berkenaan memberitahu dua lagi lelaki terbabit adalah rakannya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di satu kawasan sunyi berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher mangsa manakala rakannya memegang tangan mangsa.

“Kumpulan terbabit kemudian menanggalkan pakaian mangsa lalu merogolnya bergilir-gilir di tempat duduk belakang kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila kumpulan terbabit kemudian merampas wang tunai, telefon bimbit dan dokumen penting milik mangsa sebelum mencampaknya keluar daripada kenderaan itu berhampiran kawasan berkenaan.

“Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan bernasib baik apabila mendapat bantuan daripada orang awam yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.

“Wanita terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan mengenai kejadian itu,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas percakapan mangsa dirakamkan, wanita terbabit dirujuk ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. Difahamkan, mangsa masih ditahan di wad kerana dilaporkan trauma akibat insiden menimpanya itu. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, sehingga kini, masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha untuk mengesan kumpulan penjenayah terbabit masih dijalankan.

3 comments:

Anonymous said...

wanita tu tak ada bukti. boleh kene sebat 80 kali tu. air mani yg dlm puki dia tu tak boleh jadi bukti, hj hadi kata. dia masukkan sendiri.

Unknown said...

Bodoh punye perempuan pergi naik teksi hahahaha

IBU TUTI TKI SINGAPUR said...

saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
sempat saya putus asah dan secara kebetulan
saya buka FB ada seseorng berkomentar
tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
karna di malaysia ada pemasangan
jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
saya minta angka sama AKI NAWE
angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
terima kasih banyak AKI
kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
tak ada salahnya anda coba
karna prediksi AKI tidak perna meleset
saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...