
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Wednesday, February 8, 2012
KAK IJAT SAMAN MAK LAMPIR DAN PAKAR LEMBU PR 100 JUTA..!!!
Zuraida lampir dan pakar lembu PR akhirnya berjaya menempah tiket dimahkamah setelah mengakui menerima tiket saman yang telah diberikan kepada mereka.
Dengan bangganya mereka menerangkan kat puak mereka bahawa akan terus membongkarkan isu NFC yang dikaitkan dengan Kak Ijat.
Kena saman pun nak merasa megah..?? Hebat ke tidak, kita lihat saja keputusan apabila dibawa ke mahkamah nanti. Siapa yang kena selongkar, dan siapakah yang menipu, pasti akan diketahui kelak.
Saman, Sedia Bertemu Shahrizat Di Mahkamah
PETALING JAYA: Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada Rabu mengesahkan menerima kertas saman yang dikemukakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Susulan saman tersebut, Zuraida dan Rafizi telah melantik pasukan peguam dan bersedia ke mahkamah pada bila-bila masa.
"Kami yakin saman tersebut tidak ada asas dan bersedia untuk bertemu di mahkamah pada bila-bila masa sahaja.
"Untuk tujuan itu, kami telah melantik satu pasukan peguam yang terdiri daripada Ranjit Singh, Sivarasa Rasiah, N Surendran dan Gopal Sreenevasan," katanya yang dipetik dari laman web rasmi Rafizi, Rabu.
Katanya, kesempatan bersemuka di mahkamah dengan Shahrizat dan NFC akan digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai penyelewengan NFC.
Penyelewengan tersebut termasuklah dokumen-dokumen rasmi yang boleh membantu memberikan gambaran sebenar bentuk urusan dan penyelewengan yang berlaku di dalam NFC.
"Oleh sebab itulah, kami mengalu-alukan saman yang dikemukakan oleh Datuk Seri Shahrizat Jalil ini kerana ia memberi peluang untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting yang kini tersembunyi dari pengetahuan rakyat," katanya.
Zuraida dan Rafizi berkata, mereka juga bersedia memanggil saksi-saksi penting yang bertanggungjawab membuat keputusan bersabit NFC di semua peringkat kerajaan dan pihak-pihak lain bagi membantu merungkai skandal besar negara ini.
Pada Januari, Shahrizat memfailkan saman fitnah menuntut ganti rugi RM100 juta terhadap , Zuraida dan Rafizi berhubung isu Pusat Fidlot Nasional (NFC).
Shahrizat menuntut ganti rugi am disebabkan fitnah secara lisan yang memudaratkan berjumlah RM50 juta serta ganti rugi teruk dan teladan berjumlah RM50 juta.
Shahrizat juga menegaskan beliau tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam NFC dan juga tidak memainkan sebarang peranan di dalam proses penganugerahan projek ini kepada Agro-Science Industry Sdn Bhd.
Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang serta Rafizi telah dikatakan secara konsisten melancarkan satu kempen untuk menyerang dan memfitnah Shahrizat sejak November 2009 selaku Ketua Pergerakan Wanita Umno, menteri dan beliau sendiri sebagai seorang individu.
- SUMBER KLIK DISINI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Video rakaman bersuara Anwar dengan perempuan(Bini Orang), gatal sungguh suara Anwar menggoda perempuan. Tapi takpa, kemungkinan Kak Wa...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan ...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
1 comment:
Nak tengok lembu masuk mahkamah!..kahkahkah...tapi lembu ni istimewa sikit pasal ada jambul!..kahkahkah
Post a Comment