
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Friday, February 3, 2012
BN TAWAR RM18,000 UNTUK BURU DALANG KEPALA BABI..!!!
BN Selangor menawarkan wang tunai RM18,000 bagi mengesan pihak-pihak yang bertanggungjawab meletakkan kepada babi di hadapan dua masjid di Rawang dan Sentul.
Kelmarin, Kerajaan Selangor juga menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sahih berhubung pihak terlibat dalam insiden terbabit.
Pengerusi BN Bahagian Selayang, Abdul Shukur Idrus berkata, ganjaran tersebut adalah hasil sumbangan beliau bersama Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim.
Menurutnya, Donald menawar RM10,000 kepada pemberi maklumat berhubung insiden terbabit dan RM5,000 kepada pengurusan masjid manakala beliau sendiri menawar RM3,000 untuk tujuan sama.
“Saya harian mengapa isu perkauman yang amat sensitif ini boleh dibuat sebagai satu permainan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Saya harap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan secara terperinci dan menahan pihak yang terlibat meletakkan kepala babi di kedua-dua masjid ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden meletakkan kepala babi yang berlaku dalam tempoh 48 jam di kawasan beliau. Sebelum ini, beliau bersama Donald telah mengadakan lawatan Masjid Nurul Iman, Batu 18 Rawang bagi melihat sendiri insiden kepala babi yang diletakkan di pintu hadapan masjid berkenaan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang itu berkata, BN Selangor berharap orang ramai bertenang dan cuba menjaga sensitiviti agama dan kaum di negara ini.
“Kita tidak boleh tuduh sesiapa tanpa sebarang bukti kukuh, walaupun wujud pelbagai persoalan berhubung insiden ini,” katanya.
Ketika ditanya sama ada insiden di kedua-dua masjid ini mempunyai kaitan dengan perselisihan di antara masyarakat setempat, Shukur berkata, semua pihak perlu mengelak dari mengeluarkan tuduhan liar sebegini.
Semalam, kepala babi ditemui di luar sebuah masjid di Sentul. Selasa lalu, satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh.
Polis kini sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
- SUMBER SINAR HARIAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Lebih terang, lebih fresh. Hebat..Papa memang hebat ANUgerah Kak Wan. Kak Wan tak kesah tu semua, tu adalah perkara biasa. Papanya ka...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Video rakaman bersuara Anwar dengan perempuan(Bini Orang), gatal sungguh suara Anwar menggoda perempuan. Tapi takpa, kemungkinan Kak Wa...
-
Kenapa tak pakai baju kuning "BerSHIT"..?? BULLSHIT semua takut kena tangkap..!!! Akhirnya tuhan maha kuasa...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
2 comments:
Melakukan perkara yang mengeruhkan keadaan dengan sentimen sebegini adalah sesuatu yang perlu dielakkan. Ia bagaikan menjirus minyak kedalam api.
Semoga pihak yang berwajib dapat menyelesaikan perkara ini secepat mungkin dan mendedahkan angkara siapa sebenarnya...??? Walahualam
kerja orang gila nih! kalau dia waras, tkkan dia nak tengok negara ni hancur krn perang kaum???? gilababeng betulla!!
Post a Comment