Saturday, February 4, 2012

AZIZAN TIDAK LAGI DIHORMATI PUAK PEMBANGKANG PR..!!!


Tindakan pakatan PR mengarahkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berhenti mengulas isu penggantungan pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menunjukkan mereka langsung tidak menghormati pemimpin tertinggi negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, walaupun berlainan parti, beliau sendiri menghormati keputusan Azizan itu dan menyifatkannya sebagai tindakan tepat untuk mengawal disiplin pelajar institusi itu.

Beliau berkata, tindakan beberapa pemimpin Pas dan PKR yang lantang mempertikaikan tindakan Menteri Besar berhubung isu pengantungan lima pelajar Kuin menunjukkan pakatan pembangkang hanya mengutamakan politik sahaja tanpa berusaha memahami tindakan Azizan.

"Sepatutnya kawan-kawan Azizan di dalam pakatan pembangkang perlu hormat keputusan beliau... bila disuruh tutup mulut, ini menunjukkan pakatan pembangkang langsung tidak menghormati dan seolah-olah telah hilang kepercayaan kepadanya.

"Dalam isu Kuin, Azizan telah melakukan apa yang sepatutnya selaku Menteri Besar iaitu menyerahkan kepada Kuin sepenuhnya menangani perkara itu tanpa campur tangan beliau,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelajar Disayangi, Ibu Bapa Didekati di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent di sini hari ini.

- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?