PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, November 7, 2011

LAGI 267 AHLI PAS KELANTAN KELUAR PARTI SERTAI UMNO



Nampaknya sekarang tindakan berani melanggar BE'AH PAS semakin berluasa, seramai 257 penyokong Pas di Kelantan menyertai UMNO selepas kecewa dengan kepimpinan Pas yang didakwa hanya pandai menabur janji manis tetapi tidak tahu melaksana tunaikan segala janji mereka.

Sebanyak 187 daripada mereka adalah penyokong Pas dari Kampung Bechah Peleting, Pondok Lama dan Banggol Pisang Galadi mengambil langkah keluar parti PAS menyertai UMNO. Penyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dalam satu majlis di Kampung Banggol Pisang Gala di Kelantan malam semalam.

Dalam majlis berasingan, seramai 70 nelayan tradisional pantai di Kuala Kemayan juga mengisytiharkan keluar Pas dan menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kuala Kemasin, Bachok.

Sementara itu, wakil tiga penduduk kampung terlibat, Kamaruddin Abdullah, 53, berkata, dia bosan dengan tindakan Pas yang hanya bijak berjanji tetapi tidak mengotakannya.

"Sudah 20 tahun saya berada dalam Pas, tetapi semasa menghadapi kesukaran apabila seorang anak terpaksa masuk hospital kerana menghidap leukemia, Pas hanya berkata 'insya-Allah'.

"Setiap kali saya minta bantuan, jawapan yang sama saya terima. Usia saya pula semakin meningkat dan anak-anak memerlukan pelbagai perkara antaranya persekolahan dan pekerjaan yang Pas tidak dapat sediakan," katanya.

Zahari Hussin, 37, pula berkata, dia tidak melihat sebarang perubahan di kampungnya sejak Pas memerintah Kelantan lebih 20 tahun lalu kerana masih tiada kemudahan malah sesetengah tempat belum mempunyai lampu jalan.

Sementara itu, Abdullah Ghani, 53, berkata, dia tidak pernah mendapat perhatian sepanjang menjadi ahli parti tersebut kecuali diminta menghadiri ceramah.

Ikmal Hisham semasa berucap pada majlis tersebut berkata, rakyat mampu membawa perubahan sekiranya mereka mengambil keputusan mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Wakil nelayan tradisional pantai Kuala Kemayan, Azlan Mamat pula berkata, mereka akan berusaha menarik lebih ramai nelayan di Kampung Kemayan, Pantai Senok dan Kuala Kemasin memberi sokongan kepada UMNO pada pilihan raya umum akan datang.

Kerajaan Pas Kelantan tidak pernah memberikan bantuan kepada golongan tersebut biarpun rata-rata mereka hidup dalam kemiskinan. Wakil rakyat Pas hanya turun padang menemui nelayan ketika pilihan raya dan selepas itu tidak lagi nampak muka untuk beramah mesra dengan golongan miskin seperti kami.

Kerajaan Persekutuan pula sentiasa menyalurkan bantuan termasuk pukat, sampan dan enjin bot serta elaun saraan hidup RM200 setiap bulan dan ia sewajarnya memberi kesedaran kepada semua nelayan untuk tidak lagi memberi kemenangan kepada Pas, tambahnya lagi.

Seorang lagi nelayan, Ramli Awang, 45, berkata, hanya kepimpinan UMNO setempat yang gigih menyalurkan perkhidmatan kepada rakyat sedangkan wakil rakyat Pas seolah-olah berpeluk tubuh dan tidak pernah menghargai sokongan rakyat sebelum ini.

Elaun sara hidup bulanan yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan amat bernilai kepada semua nelayan Kelantan terutama pada musim tengkujuh, jelasnya.

Sebenarnya, hasil perkhidmatan yang telus dan ikhlas akhirnya akan menyedarkan ahli penyokong Pas yang selama ini seakan dibohongi melalui ceramah-ceramah, agar untuk berpihak kepada UMNO kerana mereka ni sebenarnya turut diabaikan oleh pemimpin Pas terutama ketika mereka benar-benar memerlukan bantuan.

Jika perkara sebegini pun masih tidak disedari oleh sebahagian pengikut yang terlalu taksub dengan PAS ni, mereka ni hanya tunduk aguk-angguk dan disuroh geleng mereka geleng. Menurut saja walaupun tak dapat apa pun.

4 comments:

praha2 said...

dikelante oran pas masuk UMNO tapi diselangor oran melayu tubuh cawangan dap 100% melayu? apo ke jadahnyo? tak erti lagi ko oran melayu ni. semalam lks kato kito zalim dan uncivilised kerono sembolih lembu dan kambing untuk korban. oran melayu zalim dan tak bertamadun? ni diampang oran melayu masuk dap? apo kejadahnyo? dongar cakap siajis tu kot? hadi aang apo hang nak kato?

Anonymous said...

anak ogahe pas lah katakan...........Politician's stepson remanded over robberies
Share The Star/Asia News Network
Monday, Nov 07, 2011
KOTA BARU - The stepson of a Kelantan PAS assemblyman has been remanded for seven days on suspicion of being involved in a spate of armed robberies at 24-hour convenience stores.

Sources said the remand order for the suspect, believed to be in his 20s, was issued by magistrate Mohd Asri Rahman Sidik at a magistrate's court here yesterday.

The source also said the suspect was being investigated under Section 392 and 397 of the Criminal Procedure Code for the offences.

Police arrested the suspect at his home in Jalan Telipot at 11.30pm on Saturday.

The suspect is said to have robbed at least five 24-hour convenience stores located at Jalan Parit Dalam, Jalan Seri Cemerland, Jalan Kebun Sultan, Jalan Merbau and Jalan Hamzah.

Sources added that the suspect entered the convenience stores under the pretext of buying prepaid phone services before threatening the cashier with a knife to hand over money from the cash register.

Anonymous said...

orang melayu masuk dap.. penipu tol ko ni. aku ni anak selangor .. mana ada orang selangor melayu akan masuk dap.. yang masuk suma orang kalate yang bodo la tu...... mampus sama ko pas .. korang ni semangat kenegerian je lebih .. bagus g balik kelantan gi kerja sana la.. tehengeh2 datang selangor cari rezeki... kalau bagus sangat gi la keja kat kelantan korang yg korang bangga2 kan tu

C L J said...

TAK APA KITA TUNGGU TENGOK PRU13 NANTI SELANGOR YANG TUMBANG KAH ATAU KELANTAN YANG AKAN TUMBANG DULU.

APA APA PUN KEDAH DAN PENANG JANGAN PULA TERKELUAR DARI RENTAK TARI TERKINI INI.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...