PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, October 26, 2011

PUAK PEMBANGKANG MEMANG KUAT MEMBOHONG..!!!



Prestasi memberangsangkan kewangan negeri Perak dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang diumumkan semalam dengan sendirinya menafikan fitnah pembangkang kononnya kerajaan negeri akan muflis dalam masa terdekat.

Laporan tersebut juga merupakan satu pengiktirafan kepada pelbagai usaha kerajaan negeri untuk menambah pendapatan serta memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan.

Laporan kenyataan tersebut membuktikan dakwaan pembangkang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan dalam akhbar-akhbar sebelum ini bahawa kerajaan negeri diambang bankrap adalah tidak benar sama sekali.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang diumumkan, Kumpulan Wang Disatukan kerajaan Perak pada tahun lepas merekodkan baki sebanyak RM762.33 juta iaitu pertambahan sebanyak RM73.08 juta berbanding 2009 yang hanya mencatatkan RM689.25 juta.

Perak juga mencatatkan peningkatan sebanyak RM150.57 juta dalam kutipan hasil dan peningkatan sebanyak RM104.20 juta dalam pelaburan negeri.

Laporan itu turut menyebut bahawa Rancangan Perumahan Awam (RPA) di negeri ini berjaya mencapai objektifnya untuk menyediakan rumah berkualiti dan selesa kepada golongan berpendapatan rendah.

Zambry berkata, kerajaan negeri akan berusaha keras untuk memperbaiki kelemahan dan masalah dalam pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR) seperti dinyatakan dalam laporan tersebut.

‘‘Saya berterima kasih kepada Jabatan Audit Negara atas cadangan-cadangan yang diberikan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan antara faktor yang mempengaruhi prestasi PPR ialah gejala vandalisme serta penguatkuasaan yang lemah dalam perjanjian sewa.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...