PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, September 18, 2011

AKTA BARU GANTI ISA TIDAK MENIRU NEGARA LAIN



Dua akta baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak akan sama dengan undang-undang berkaitan dari negara lain termasuk Singapura. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin berkata, dakwaan segelintir pihak yang mengatakan undang-undang baru itu kononnya ditiru dari Singapura adalah tidak berasas lansung.

Pemansuhan ISA yang digunapakai selama ini bertujuan untuk menyelaraskannya dengan perubahan dan tuntutan semasa. Negara-negara maju juga mempunyai akta keselamatan mereka seperti Akta Patriot di Amerika Syarikat dan Akta Anti Keganasan di United Kingdom masih terkapai-kapai untuk mengukuhkan undang-undang berkenaan.

Malah ada juga yang berbahas mengenai akta sedia ada untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. Hishammuddin berkata, undang-undang baru itu sedang dirangka oleh pejabat Peguam Negara dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan ISA dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai bakal digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Hishammuddin memberi jaminan, walaupun ISA telah dimansuhkan, keselamatan negara akan terus diberikan keutamaan kerana Transformasi politik yang diumumkan oleh Perdana Menteri tidak akan menjejaskan keselamatan rakyat dan negara. Perpaduan dan keamanan yang wujud pada hari ini masih terjamin dan akan terus berkekalan di bawah dua akta baru yang akan diumumkan nanti,” katanya.

Kajian pemansuhan ISA itu telah diumumkan oleh Najib sejak dua tahun lalu dan perkara tersebut bukan mencuri idea pembangkang seperti yang digembar-gemburkan oleh pembangkang melalui Buku Jingga malah pengumuman itu telah dibuat sejak dua tahun lalu melalui proses kajian yang dilakukan secara bijaksana iaitu awal setahun daripada janji pembangkang dalam Buku Jingganya.

Menurut beliau, pembangkang kini ketandusan idea sebaik sahaja pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri dan cuba mengaitkan kerajaan mencuri idea mereka pula.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...