
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Sunday, July 3, 2011
SAUDARA NIK AZIZ SERTAI UMNO..!!?
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat Kelantan kini mula kembali menyokong Barisan Nasional setelah 2,800 ahli Pas menyertai UMNO di daerah Pasir Puteh. Antara ahli-ahli Pas yang menyertai UMNO itu ialah saudara kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Raja Abdullah Raja Mahmud.
"Seramai 2,800 ahli tinggalkan Pas dan pengundi Pasir Puteh sudah hilang keyakinan kepada Pas," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama rakyat itu.
Perdana Menteri turut meminta Raja Abdullah naik ke pentas bagi hadirin mengenalinya yang disambut dengan sorakan para hadirin, beserta laungan dan teriakan "Gelombang Merah" iaitu gelombang perubahan untuk rakyat, cetusan UMNO Kelantan.
Katanya, keyakinan itu juga bersandarkan seramai lebih 20,000 rakyat hadir pada majlis perhimpunan bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik di sini.
"Seramai 2,800 ahli tinggalkan Pas dan pengundi Pasir Puteh sudah hilang keyakinan kepada Pas," katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bersama rakyat itu.
Turut hadir pada majlis itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin. Bekas-bekas ahli Pas berkenaan turut hadir pada majlis itu.
Ketika ditemui pemberita, Raja Abdullah, 57, berkata, beliau sudah serik ditipu kepimpinan Pas kerana tidak pernah tetap pendirian dalam perjuangan parti. "Kalau dahulu, Pas kata wanita tidak boleh dicalonkan kerana ia bercanggah dengan Islam tetapi kini Pas membenarkannya demi perjuangan Islam," kata bapa kepada 11 orang anak itu.
Beliau juga kesal apabila Pas sebelum ini menolak kerjasama dengan orang bukan Islam kerana kerjasama itu bercanggah dengan agama seperti yang dilakukan oleh BN dengan membentuk kerjasama dengan parti kaum Cina, MCA dan kaum India, MIC.
"Sekarang atas alasan untuk menjelaskan Islam, kini golongan yang Pas panggil "kafir" itu (dan) kerjasama dengan bukan Islam dibenarkan iaitu dengan DAP," kata bekas tentera itu yang mengakui beliau tidak pernah mengundi UMNO - Barisan Nasional kerana menyokong Pas sepenuh hati sebelum ini.
Keyakinan Raja Abdullah terhadap Pas hilang apabila parti itu meninggalkan penubuhan negara Islam dan memperjuangkan negara berkebajikan yang jelas membuktikan Pas mudah tunduk kepada DAP.
Ditanya apakah pertalian saudara antara beliau dengan Mursyidul Am Pas itu, Raja Abdullah berkata: "Ayah saya saudara rapat kepada Nik Abdul Aziz kerana kami berketurunan Raja Jembal, iaitu keturunan kerabat Raja Kelantan lama yang banyak menggunakan Nik dalam nama keluarga." - BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Lebih terang, lebih fresh. Hebat..Papa memang hebat ANUgerah Kak Wan. Kak Wan tak kesah tu semua, tu adalah perkara biasa. Papanya ka...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Kenapa tak pakai baju kuning "BerSHIT"..?? BULLSHIT semua takut kena tangkap..!!! Akhirnya tuhan maha kuasa...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Video rakaman bersuara Anwar dengan perempuan(Bini Orang), gatal sungguh suara Anwar menggoda perempuan. Tapi takpa, kemungkinan Kak Wa...
1 comment:
jgn buat main ngan pak lebai sorang tu.....boleh putus saudara jadinya.
Post a Comment