Tuesday, July 5, 2011
KERAJAAN GUNAPAKAI KEMAHIRAN PENGGODAM SIBER..!!!
Kerajaan mahu mendekati penggodam siber bagi lebih memahami dan memanfaatkan kemahiran dan bakat mereka, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.
Ini termasuk menghadiri persidangan tahunan pihak tersebut, katanya.
Beliau berkata, terdapat juga perkara positif di kalangan penggodam.
"Untuk tujuan ini, CyberSecurity, Majlis Keselamatan Negara, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mesti bersama mereka agar kita dapat mengetahui rangkaian penggodam yang lebih luas.
"Akhirnya kita boleh memahami siapa penggodam yang baik dan jahat. Kita juga boleh mempelajari bagaimana untuk mempertahankan diri kita (dari serangan penggodam),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai jenayah siber di sini hari ini.
- BERNAMA
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?