PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, June 4, 2011

HADI AWANG GAGAL MEMBENTUK NEGARA ISLAM



Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap pada Muktamar Pas semalam – gagal meyakinkan orang ramai tentang pendirian menegakkan negara Islam dan isu-isu nasional.

Beliau sebaliknya cuba merubah halu tuju Pas di hadapan 1,077 perwakilan ke arah pembentukan negara berkebajikan. Awang yakin ia beralih penekanan kerana terpaksa akur pada kerangka kerjasama dengan DAP dan PKR demi kelangsungan hidup parti itu.

Amat jelas presiden yang dipilih lagi tanpa bertanding itu gagal memperkukuhkan perjuangan asal Pas. Sebaliknya, apa yang mahu dibentuk kini sebenarnya telah pun dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional yang didukung oleh UMNO.

Untuk membolehkan Pas hidup dengan agenda yang telah pun dipertahankan oleh UMNO, maka beliau terpaksa menyerang BN dan UMNO. Beliau juga terpaksa menyerang ulama yang ketika mereka memberi pandangan menjadi sependirian dengan pemikiran UMNO.

Awang percaya, Pas sedia mendakap ulama yang dilabelkan ‘menyebelahi’ UMNO dan kerajaan itu, jika pandangan mereka kelak kebetulan sealiran dengan pemikiran Pas. Itu tidak mustahil.

Pemimpin Pas itu juga, bagi Awang, gagal menjawab isu-isu nasional yang orang ramai mahu tahu pendirian sebenar Pas. Beliau mengelak daripada memperjelas pendirian Pas mengenai isu moral yang dikaitkan dengan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


- BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

3 comments:

Anonymous said...

bang, tulisan biru background hitam tak berapa jelas, tukar kpd putih/kuning

Mohd said...

Ini semua adalah pengaruh wang dari Anwar Ibrahim.
Kalau kita tengok balik sejarah di masa Anwar berebut jawatan dlm UMNO, di mana begitu banyak wang yg telah ditaburkan oleh Anwar utk menang, sehingga Ghafar Baba mengaku kalah!
Anwar tahu jika puak Erdogan yg menyokongnya kalah dlm PAS, maka tamatlah perjuangannya utk menjadi PM.
Lebai2 PAS ni kalau tengok duit akan gelap mata. Lihat saja bagaimana mereka telah merembat sehingga licin lincau duit Dana Memali tanpa segan silu melakukan dosa besar memakan duit anak2 yatim.
Apa pun yg menang adalah kaum Cina terutamanya dari DAP yg sedang gelak besar kerana cita2 mereka utk memerintah The Republic of Malaysia sudah semakin hampir.
Utk Kaum Melayu diucapkan tahniah sajalah bila akan menjadi pengemis di tanah air sendiri spt yg telah berlaku di Singapura.
Melayu mudah lupa ??????????

Anonymous said...

jangan sempitkan pemikiran ko tentang makna sebenar di sebalik Negara Kebajikan yang diplan oleh PAS, kerana sudah pasti berbeza dengan UMNO. LIhat dan Faham dulu Negara Kebajikan yang PAS laungkan

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...