
Mungkin itulah yang boleh dikatakan kepada kumpulan pro ulama apabila muktamar tahunan parti itu berakhir hari ini.
Keputusan pemilihan yang diumumkan semalam menyaksikan golongan pro ulama bakal menjadi pengikut sahaja kepada golongan profesional yang menguasai sebahagian besar jawatan yang dipertandingkan.
Ulama turut kehilangan kerusi Timbalan Presiden yang dikuasai sejak tahun 1981 dan tidak mempunyai seorang pun wakil bagi kerusi Naib Presiden manakala bagi kerusi Ahli Jawatankuasa Pas pusat hanya ada lapan sahaja wakil mereka di dalamnya berbanding 18 kerusi yang dipertandingkan. Walaupun ketika Muktamar Pemuda di Shah Alam pada Khamis lalu memastikan golongan ulama terus menguasai Dewan tersebut tetapi arus tersebut tidak sampai ke muktamar induk di Gombak.BACA SETERUSNYA
1 comment:
bagi sebuah pertubuhan, Professional yang sikit ada ciri ulamak lebih baik dari ulamak yang tak ada ciri professional. Ulamak biasanya tak ada wawasan, taunya itu halal itu haram. Professional biasanya ada wawasan, tau sikit halal haram kira ok la tu. Setidak-tidaknya, pertubuhan boleh maju ke depan dibawah professional, walaupun professional tu termasuk mereka yang lulus hanya SRP.
Post a Comment