
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Sunday, April 17, 2011
SIDANG AKHBAR KEMENANGAN BARISAN NASIONAL DISARAWAK
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya Sarawak hari ini merupakan satu kemenangan yang sangat bermakna dan jelas menunjukkan keyakinan rakyat terhadap BN masih tinggi lagi.
Dalam sidang video dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Kuching, Perdana Menteri, yang berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, mengucapkan tahniah kepada Taib dan BN Sarawak atas kemenangan yang sangat bermakna walaupun ia mendapat tentangan yang hebat kali ini.
"Dan kejayaan yang telah kita capai di banyak kawasan menunjukkan majoriti yang besar dan ada yang bertambah majoriti."
"Dengan ini maka apa yang perlu kita lakukan ialah untuk menyampaikan ucapan berbanyak banyak terima kasih kepada rakyat Sarawak kerana mereka telah mengekalkan sokongan dan keyakinan berterusan kepada BN," katanya.
Najib, yang turun padang untuk berkempen sepanjang pilihan raya yang dianggap paling sengit dalam sejarah negeri itu, berkata kerajaan pusat akan memastikan semua janji-janji pilihan raya kepada rakyat Sarawak akan ditunaikan.
BN telah pun memperoleh majoriti dua pertiga atau 48 kerusi pada pilihanraya yang mempertandingkan 71 kerusi.
Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Setiausaha Agung UMNO dan BN Datuk Seri TengkuAdnan Tengku Mansor.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Video rakaman bersuara Anwar dengan perempuan(Bini Orang), gatal sungguh suara Anwar menggoda perempuan. Tapi takpa, kemungkinan Kak Wa...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Kenapa tak pakai baju kuning "BerSHIT"..?? BULLSHIT semua takut kena tangkap..!!! Akhirnya tuhan maha kuasa...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan ...
No comments:
Post a Comment