PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, December 19, 2014

HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bahawa orang bukan Islam di negeri ini boleh menggunakan kalimah Allah.

Timbalan Yang Dipertua Perkasa Pulau Pinang, Azmi Alang yang mengetuai anggota Perkasa dalam membuat laporan polis itu, berkata pihaknya menggesa polis mengambil tindakan keras terhadap Lim yang dilihat cuba mempersenda kalimah Allah.

Beliau berkata sebagai seorang pemimpin yang mendapat sokongan rakyat di negeri ini Lim seharusnya peka hal-hal berkaitan agama dan bangsa lain.

"Kami juga menyerahkan memorandum kepada polis supaya tindakan dapat diambil ke atas ketua menteri. Sebagai ketua menteri, dia (Lim) mesti tahu asal usul agama Islam dan agama-agama lain di negeri ini. Dia tak boleh mempertikaikan hak-hak agama lain.
"Kenyataan itu juga seperti mempertikai Yang di-Pertuan Agong, ketua agama negara (dan Pulau Pinang)... kita pun menghormati bangsa lain, kenapa dia nak mempertikaikan orang Melayu dan agama Islam," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini.
Jumaat lalu, beberapa portal melaporkan bahawa Lim memberi kebenaran kepada orang bukan Islam di Pulau Pinang menggunakan kalimah Allah.
Lim juga dilapor berkata larangan penggunaan kalimah Allah yang termaktub dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004 tidak terpakai kepada bukan Islam kerana penguatkuasaannya hanya sah kepada orang Islam.
Sementara itu, seramai 30 anggota Perkasa berhimpun di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) bagi menyatakan bantahan terhadap kebenaran penggunaan kalimah Allah kepada orang bukan Islam.
Suasana menjadi tegang apabila kumpulan itu tiba di perkarangan Komtar pada jam 2.30 petang dan cuba naik ke pusat pentadbiran kerajaan negeri di tingkat tiga untuk menyerahkan memorandum kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abul Kassim, namun dihalang polis.
Komen KBC :-
1. Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini adalah akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam. Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah dalam konteks agama Katolik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka. Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan dan pendirian orang lain. Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam.
2. Hanya Dia yang bernama Allah, nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya, tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri. Ia adalah al-Ism al-A`zam, Nama Agung bagi Dhat yang wajib al-wujud. Ia adalah nama yang merujuk Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan.
3. Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya, dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memakainya. Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya, jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius.
4. Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna tauhidik, nama yang menolak syirik, dan sekaligus nama yang menafikan faham trinity (Tidak beranak dan tidak diperanakkan). Kerana itu surah ini disebut juga dengan nama Suratu ‘t-Tawhid.
5. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan pribumi Melayu itu dilakukan atas nama “…cultivating the waste and barren soil of the native mind”. Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu. Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat Abdullah Munsyi. Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam. Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan “Abdullah Paderi”.
Bilamana Anwar sudah tidak menghormati ULAMA’ di dalam PKR di atas nama kepentingan POLITIK; maka kita akan menyaksikan kemerosotan sokongan orang Melayu terhadap PKR di masa akan datang ini.
Anwar makin gila politik sampai menggadai agama?

Wednesday, December 17, 2014

KLBOYZ KEMBALI KE ALAM SIBER..!!!



Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal umpama menegakkan benang yang basah.

Akan aku kemukakan fakta-fakta, bukti-bukti sahih agar pembohongan puak pembangkang dipatahkan. Kebelakangan ni banyak juga fitnah-fitnah yang dibuat oleh puak tak bertanggung jawap ni. Semakin lama makin sakit hati pula aku membacanya, mencabar kebiwaan dan kesabaran aku.

Tidak akan aku mengalah pada fitnah-fitnah yang dilontarkan, akan aku kekang semua peradapan kurang ajar yang dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Aku telah kembali...!!!


Thursday, December 19, 2013

TURUNKAN KADAR TOL BUKAN NAIKKAN...!!!



Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangkan kadar tol secara berperingkat-peringkat daripada menaikkan kadar tersebut.

Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Samad berkata, walaupun kerajaan belum mengumumkan sama ada kadar tol akan dinaikkan, mereka harus memenuhi janji pada PRU-13 yang lalu.

"Perkara penting di sini adalah manifesto kita menyatakan bahawa kadar tol akan dikurangkan secara berperingkat dan oleh itu, BNBBC berharap tidak akan ada sebarang kenaikan," kata Shahrir.

Manifesto itu turut menyatakan antara perkara lain yang ditekankan BN adalah untuk mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat-peringkat' dalam tempoh lima tahun akan datang.

Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Baharu berkata, tiada sebarang rancangan oleh BNBBC untuk membantah kenaikan tersebut kerana kerajaan masih belum mengesahkan mengenai perkara itu.

"Isu itu masih dibincangkan oleh kerajaan, pemimpin-pemimpin BN yang terdiri daripada Ahli Parlimen di pelbagai kawasan tidak mempunyai pendapat yang sama mengenai perkara ini kerana tidak semua di kalangan kami mempunyai tol di kawasan masing-masing," katanya.

Walaupun pemimpin-pemimpin BN dari Sabah dan Sarawak tidak perlu bimbang mengenai kenaikan kadar tol itu kerana kawasan mereka tidak terlibat, Ahli Parlimen lain, terutamanya mereka yang tinggal di Lembah Klang dan beberapa bandar utama amat bimbang mengenai perkara ini.

Shahrir berkata, pemimpin-pemimpin BN yang menentang kenaikan kadar tol terkesan mengenai isu ini kerana pengurangan kadar tol, terkandung dalam manifesto parti itu ketika menarik pengundi.

"Namun, kita juga menyedari bahawa tidak menaikkan kadar tol akan bermaksud, mungkin ada kos yang perlu ditanggung oleh kerajaan," katanya.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...