Sunday, October 6, 2013

14,511 SAMSENG DAN KONGSI GELAP BERJAYA DITAHAN..!!!



Walaupun tindakan memburu penjenayah dan samseng2 baru dilaksanakan pihak berkuasa, ia membuahkan hasil dan berjaya membuat tangkapan tertinggi dalam operasi dijalankan.

Ini adalah berita baik buat sekelian rakyat Malaysia yang impikan kedamaian dan keharmonian, kerana berjaya mengekang penjenayah berleluasa melakukan kehendak mereka.

Operasi ini berjaya membuat penjenayah dan samseng2 ketakutan sehingga ada yang melarikan diri dan cuba bersembunyi dari pihak polis.

Jika dahulu mereka2 yang terlibat dengan kegiatan jenayah dan kongsi gelap ni berleluasa menunjukkan taring mereka, tetapi kini mereka ni umpama cacing kepanasan mencari tempat untuk bersembunyi pula.

Tahniah diucapkan kepada pihak polis kerana dapat mengekang kegiatan mereka ni dari terus bermaharajalela.

Polis menahan 14,511 anggota samseng dan kongsi gelap dalam Op Cantas Khas sejak dilancarkan pada 17 Ogos lalu, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, jumlah tersebut adalah statistik terkini hasil Op Cantas Khas yang telah dijalankan di seluruh negara sehingga pukul 12 tengah hari semalam.

Beliau berkata, suspek yang ditahan itu adalah sebahagian daripada 380,343 individu yang disyaki terlibat dalam kegiatan kongsi gelap dan samseng yang telah ditahan serta disoal siasat.

"Penahanan individu paling besar dibuat di Selangor melibatkan sebanyak 6,191 orang diikuti Johor (2,682) dan Kuala Lumpur (1,185).

"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan Op Cantas Khas ini dan akan berterusan selagi penjenayah tidak dihapuskan dan mungkin selepas ini kita menggunakan nama lain," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, Op Cantas Khas juga tidak tertumpu kepada satu kaum tertentu sahaja seperti didakwa oleh sesetengah pihak.

"Sehingga tengah hari semalam, polis telah menahan 6,171 orang Melayu, Cina (1,701), India (3,685) manakala lain-lain kaum pula seramai 2,954 orang," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, pihak polis menunggu Akta Pencegahan Jenayah (PCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 untuk dikuatkuasakan setelah diwartakan nanti.

Katanya, melalui akta itu, polis mempunyai 60 hari untuk menahan reman mereka manakala Badan Pencegahan Jenayah boleh memutuskan tindakan penahanan selama dua tahun.

"Namun, keputusan itu boleh disemak semula di Mahkamah Tinggi," katanya.

Sementara itu, dalam satu majlis di Kuala Terengganu, Ahmad Zahid menyeru semua pihak memberi keyakinan kepada polis untuk memerangi jenayah habis-habisan. - UM

5 comments:

  1. Entahlah nak cakap pun nanti orang cakap kita memperkecilkan polis.Tapi hakikatnya begitu ramai gangster berkeliaran diMalaysia rupanya selama ini .persoalanya kenapa? adakah PDRM selama ini membuta atau ada angotanya yang membela penjenayah tersebut dan buat buat tak tak tau .Sebab itulah kalau dilihat banyak polis polis yang buncit buncit dan tak sesuai jadi polis.
    walau apa pun saya ucapkan tahniah pada PDRM jangan kecil hati diatas teguran tadi.

    ReplyDelete
  2. Yang melayu tu rasa majoriti 3 line. 3 line ni asal bukan samseng tapi dibuat utk lindung peniaga kecil orang islam. Tapi setengah ahli salah guna 3 line untuk tunjuk kekerasan, buat ancaman dan cari gaduh. Lagipun 3 line ni pun tak berdaftar dgn ROS tu pasal polis klasifikasikan sebagai kumpulan samseng.

    ReplyDelete
  3. Pembetulan:-

    Lagipun 3 line ni pun tak berdaftar dgn ROS tu pasal polis klasifikasikan sebagai kumpulan kongsi gelap (pertubuhan haram).

    ReplyDelete
  4. 3 line, double 7 tu serpihan Pekida atau ahli-ahli Pekita yang jalankan aktiviti samseng. Ahli-ahli yang tarlibat akan dipecat dari Pekida. Sekarang ni ada pulak Selendang Merah, PAKis, PAPIM,al-ehsan dan putra.

    ReplyDelete
  5. Anon 12.04....Sebabnya siapakah yang menerajui...Kementerian...kalo lebiki Menteri...Lembiklah polis....9mereka tiada siapa yang nak pertahankan)...tembak kena..tak tembak kena...Menteri playsafe..."tetapi sekarang ada menteri yang anak jantan dan ada otak"...alhamdulilah kalo semua menteri ada otak dan anak jantan..malaysia, orang melayu akan maju...negara Selamat dan aman.

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?