Apabila KDN mendedahkan nama sebanyak 49 pertubuhan haram termasuk kongsi gelap dengan anggaran mempunyai seramai 40,313 ahli di seluruh negara, ramai di antara kita yang tertanya-tanya dan menunggu-menunggu apakah tindakan kementerian berkenaan selanjutnya.
Jika senarai nama sudah ada panjang berjela, sudah tentu ahli-ahlinya yang terlibat dengan jenayah berat dan kekerasan juga sedikit sebanyak telah dikenal pasti.
Dan melihat kepada peningkatan kejadian jenayah-jenayah berat sejak beberapa bulan ini, sudah tentu ini adalah masa yang paling sesuai dan dituntut untuk melakukan pembersihan terhadap semua pertubuhan haram ini. Jika tidak, mahu tunggu bila lagi?
Pertamanya, kita mahu keselamatan setiap nyawa di negara ini terjamin di mana saja mereka berada dan mahu penjenayah-penjenayah yang seolah-olah sedang berpesta dengan senjata api ini ditangkap dan menerima hukumannya.
Malaysia yang kecil ini, bukan negara koboi yang tidak mempunyai undang-undang yang membuatkan mereka kebal atau kalis undang-undang walaupun menganggotai kumpulan yang paling ganas sekali pun di negara ini.
Dan keduanya, kita tidak mahu, kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang dianggotai penjenayah-penjenayah yang dikategorikan polis sebagai paling ganas dan berbahaya ini terus berakar umbi dalam negara ini sampai beratus-ratus tahun akan datang dan memberikan ancaman yang amat besar kepada negara.
Sememangnya, kegiatan kongsi gelap di negara ini sudah wujud sejak negara kita belum merdeka lagi. Kita tidak sepatutnya melupakan sejarah bagaimana pergaduhan antara kumpulan kongsi gelap Hai San dan Ghee Hin satu ketika dulu kerana berebut kawasan telah mencetuskan Perang Larut, di Perak dan menyebabkan pihak British campur tangan.
Dan selepas 56 tahun kita merdeka, kumpulan-kumpulan kongsi gelap seperti ini terus bertapak malah semakin kukuh dengan banyak rangkaian yang menjaga sesuatu kawasan seperti mengawal kelab malam, memungut wang perlindungan, menjaga tempat letak kereta, menarik kereta, menjadi pembunuh upahan, mencederakan mangsa dengan senjata api dan lain-lain.
Kita tidak mahu kongsi-kongsi gelap ini terus merekrut anak-anak muda kita untuk menjadi penjenayah yang kejam pada masa akan datang. Tiada maknanya, pembangunan yang pesat seiring dengan kemerdekaan negara sekiranya negara masih dibelenggu dengan kejadian-kejadian jenayah berat dan kegiatan kongsi gelap.
Maka sudah sewajarnya, jika kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang dikatakan menjadi ibu kepada segala jenis kegiatan jenayah di negara ini dibanteras habis-habisan.
Dan siasat juga kemungkinan ada orang penting dan berpengaruh di negara ini yang menjadi penaung, penasihat dan memberi perlindungan kepada kumpulan-kumpulan ini yang menyukarkan mereka ditangkap.
Dalam pada itu, kita juga mahu tindakan-tindakan tegas yang diambil oleh polis dalam menangkap penjenayah dan mencegah jenayah tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Biarlah pihak polis menjalankan kerja-kerja mereka.
Apabila tiada tangkapan dibuat ada sebilangan daripada kita bising dan mengatakan polis hanya duduk diam atau polis tidur, dan bila penjenayah mati ditembak polis ditimbulkan pula mengenai prosedur menembak penjenayah. Perlu diakui, di negara ini memang banyak tukang kritik dan tukang komen dan diakui juga tidak semuanya kritikan itu bijak dan munasabah.
Begitu juga dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berasaskan sesuatu kaum. Janganlah memandang kes-kes jenayah yang membabitkan mana-mana kaum sebagai isu perkauman. Soal keselamatan adalah menjadi isu besar kepada semua kaum. Semua kaum perlukan jaminan keselamatan dan perlindungan. Berlaku adillah kepada semua kaum...!!!
Kita juga berharap agar kerja-kerja keras yang dilakukan oleh pihak polis siang dan malam dalam mencegah jenayah seperti Op Cantas untuk menghumban penjenayah- penjenayah ini ke penjara dan ke tali gantung berbaloi supaya tidak ada cakap-cakap bahawa di negara ini polis jadi tukang tangkap dan mahkamah pula tukang lepas.
Keyakinan orang ramai terhadap keupayaan polis dan sistem perundangan negara kita harus terus ditingkatkan.Walaupun cakap-cakap ini sekadar persepsi, ia perlu dipandang serius untuk memastikan undang-undang negara ini tidak diperlekeh dan dihormati
Jangan lupa kongsi gelap punca British campur tangan..!!!
NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
MAJLIS pelancaran model terbaru Proton - Preve di Seri Kembangan, Selangor, pada 16 April 2012. Preve berharga dari RM59,990 hin...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
No comments:
Post a Comment