Sunday, September 22, 2013

BUKTI 40, 000 BANGLA YG DIMAKSUDKAN ANWAR...!!!



Ini lah dalang sebenar yang dimaksudkan oleh puak2 PR melempar fitnah terhadap Tun Mahathir, digembar gemburkan isu ini agar pihak Berkuasa dan Kerajaan nampak bersalah.

Padahal kita sendiri tahu mana mungkin ada projek "I/C" berleluasa dibiarkan bermaharajalela di Malaysia ni. Perkara ini sudah dinafikan oleh Tun Mahathir sendiri bahawa beliau tak terlibat dalam memberikan "I/C" ataupun kad pengenalan kewarganegaraan kepada rakyat luar negara.

Mungkin ini adalah salah satu teknik puak PR memalsukan "I/C" dan membuat fitnah di laman sosial termasuk Facebook, Twitter,  blog-blog pembangkang dan sebagainya.

Ini semua adalah salah satu tektik akal mereka memfitnah agar nampak munasabah....

Polis lumpuh kegiatan palsukan Mykad 

Oleh: Tarikh: September 20, 2013 TAWAU - Polis Tawau berjaya melumpuhkan satu kegiatan memalsukan kad pengenalan MyKad susulan penangkapan seorang lelaki warga asing di Kampung Tawau Lama, 9 September lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Keong Ho Eng berkata suspek berusia 45 tahun itu baru sahaja dibebaskan daripada penjara pada Februari lalu kerana kesalahan sama.

Semasa menjalani hukuman penjara 18 bulan berserta dua sebatan itu, dia menggunakan nama lain. Dia juga telah diusir ke negara asalnya, kata Keong pada sidang media di sini hari ini. 

Menurut Keong, siasatan awal mendapati suspek sudah menjual 14 keping MyKad yang diubah suai pada harga RM80 setiap satu. Suspek juga memalsukan lesen memandu yang dijual pada harga RM20, katanya.

Mengulas serbuan 6.45 petang berkenaan, Keong berkata pemeriksaan polis di rumah yang didiami oleh suspek dan sepasang suami isteri itu menemukan sembilan MyKad palsu, tiga MyKad tidak bergambar, satu sijil lahir, dua lesen memandu dan 11 keping gambar dipercayai untuk diguna pada MyKad yang dipalsukan.

Katanya polis juga menemui pelbagai peralatan yang dipercayai diguna untuk membuat MyKad palsu terbabit, di rumah itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan, Seksyen 25 (1) (e) Peraturan Pendaftaran Negara (PPN) 1990 dan Seksyen 36 Akta Imigresen 1961.

Keong berkata polis juga menahan pasangan suami isteri berusia 50-an berkenaan selepas mereka didapati positif dadah. - Bernama

Perkara sebegini mungkin terjadi sebab kesalahan tersebut tak direpot polis sebaliknya hanya sekadar membuat pengumuman fitnah tersebut dilaman sosial sahaja.

Cuba tanya PR, mana bukti Bangla 40, 000 orang yang dapat mengundi tu....?? Dapat buktikan satu pun jadilah, kenapa diam sampai la ni..??


2 comments:

  1. projek ic ni zaman awal 80 an, waktu tu lambakan warga pakistan di sabah diberikan ic dan kewarganegaraan malaysia,untuk mengembangkan lagi dakwah islam di sabah,sampai sekarang masih ada lagi warga dari pakistan yang memohon masih belum selesai, yang mana sudah kasi suap pada pegawai yang uruskan,cepatla keluar mykadnya,tak percaya?

    ReplyDelete
  2. Pemalsuan dan pemberian kad pengenalan adalah dua perkara yang berbeza. Kad pengenalan palsu tidak dapat digunakan dalam urusan-urusan formal seperti PRU. Pemalsuan KP adalah perbuatan jenayah dan di luar daripada kawalan kerajaan.

    Tuduhan Pembangkang bahawa 40,000 kad pengenalan diberi pada bangsa Bangladesh semata-mata untuk menang PRU tidak masuk akal. Untuk menang dalam satu-satu kawasan kritikal (seperti Lembah Pantai dan Permatang Pauh contohnya), Bangla ini semua perlu dihantar (deploy) ke situ bagi memperolehi cukup margin mengatasi lawan.

    ReplyDelete

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?