Monday, August 19, 2013
PIHAK POLIS MULAKAN PEPERANGAN...!!!
Memang dah tiba masanya pihak berkuasa iaitu pihak Polis memulakan pemerikaan rambang berterusan sebegini. Ini akan membuatkan pesalah yang terlibat aktif dengan keganasan dikekang dari terus berleluasa.
Apa yang pasti pihak polis harus lebih agresif untuk membendung kegiatan anak2 muda zaman kini dari melibatkan diri dengan kegiatan yang melanggar peraturan dan undang2. Ini adalah salah satu cara yang patut dipuji agar pergaulan anak2 muda zaman kini terbatas.
Ops Cantas buru bekas banduan Ordinan Darurat yang terbabit semula jenayah seluruh negara
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengisytiharkan perang terhadap individu atau suspek jenayah dengan menggerakkan Operasi Cantas Khas (Ops Cantas) secara besar-besaran di seluruh negara, bermula tengah malam kelmarin.
Operasi membabitkan sekatan jalan raya, pemeriksaan premis perniagaan dan kediaman serta mengesan bekas banduan yang pernah ditahan mengikut Ordinan Darurat (OD) yang disyaki aktif semula dalam kegiatan jenayah.
Gambar diatas - Anggota polis melakukan pemeriksaan di sebuah restoran pada operasi cegah jenayah di sekitar Taman Ukay Perdana, Kuala Lumpur
Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?
ReplyDeleteRukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.
TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.
Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?
Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?
Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.
apa kena mengena tajuk blog ni dgn komen kau? 3.43
ReplyDeleteabis tu kau nak nik aziz jadi pengerusi?
kau pm ke?
Dia copy paste dari blog ke blog.. bersepah jadi spam.
ReplyDeleteMain belasah ke kerjanya, gerenti RBA tu.