Tuesday, August 20, 2013

PERLU DAN WAJARKAH KEBEBASAN BERSUARA TANPA SEMPADAN..??





MALAYSIA merupakan sebuah negara majmuk dari segi agama, kaum atau ras dan budaya yang sedang membangun. Kepelbagaian ini telah mendorong berlakunya hak dalam bersuara.

Hakikatnya, kebebasan hak asasi manusia di Malaysia dan hak kebebasan bersuara di Malaysia dapat dilihat mengalami proses evolusi.

Dalam konteks ini, hak kebebasan asasi manusia dan hak kebebasan bersuara perlu dilihat dan difahami dengan lebih jelas supaya dapat dilihat keperluan dan kehendak yang perlembagaan perjuangkan supayakesepaduan masyarakat di Malaysia dapat dicapai kerana Malaysia mendukung perlembagaan yang berteraskan perpaduan serta keharmonian masyarakat yang berada dalam Malaysia.

Saya terpanggil untuk mengulas tentang isu penghinaan yang dilakukan oleh masyarakat tidak kira bangsa dan agama terhadap AgamaIslam yang begitu ketara baru-baru ini. Melihat pada sejarah, sejak merdeka dari tahun 1957, kesemua bangsa di Malaysia telah duduk bersama dan kenal akan budaya dan agama bagi setiap kaum di Malaysia yang mengamalkannya.

Masa kian berlalu, dan Malaysia terus bergerak maju. Pelbagai ideologi, pola pemikiran dan metodologi yang disebar dengan penuh meluas di Malaysia yang tercinta ini.

Antara ideologi yang paling kuat dan nyata yang dapat diserap di setiap minda rakyat Malaysia baik kaum Melayu atau Cina mahupun India adalah: (a) ideologi demokrasi (b) ideologi liberalisasi.

Dari dua ideologi inilah yang telah melahirkan satu penakrifan baru terhadap definisi perkataan "Hak" dan "Kebebasan".

Apabila ideologi demokrasi dan liberalisasi telah berkembang di setiap pelusuk tanahair, mulai kedengaran pula pelbagai slogan yang dilaungkan serta dibincangkan seperti:

(a) hak kebebasan bersuara

(b) hak sama rata

(c) hak rakyat.

Bertitik tolak dari sinilah ramai di antara rakyat Malaysia yang tidak memahami “gist” perlembagaan telah mencetuskan kontroversi dilaman-laman sosial seperti facebook / twitter / instagram mahupun youtube.

Hakikatnya, apa yang mereka mahu lakukan sekadar meraih populariti dan mendapatkan perhatian dan dengan itu boleh menjanakewangan mereka. Sebagai contoh peraih populariti yang menggunakan akaun YouTube, Twitter dan Facebook pastinya mengharapkan dengan mencetuskan kontroversi mereka akan mendapat beratus ribu subscriber ataupun 'like'.

Dari situ mereka boleh menjana RATUSAN ringgit disamping pengikut setia mereka.

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?