Sunday, August 18, 2013
PENIPUAN 47 TAHUN DINASTI LIM KIT SIANG DIBONGKAR..!!!
Sejak 47 tahun lalu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang didakwa telah memanipulasikan kehadiran perwakilan serta pengiraan undi di Kongres Parti Kebangsaan untuk memastikan kedudukan beliau 'selamat' selama ini.
Penulis Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC), Father Augustus Chen mendakwa, Kit Siang telah memegang rekod dengan bertanding dan menang dalam setiap pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sejak 1966 bagi jawatan Pengerusi dan Setiausaha Agung.
Menurut Father Agustus Chen, Kit Siang akan menggunakan pelbagai cara untuk memastikan DAP di bawah kawalannya dengan segera 'menghapuskan' pesaing-pesaing berpotensi menyaingi dirinya.
"Sekurang-kurangnya seramai 150 pemimpin berkaliber telah disingkirkan oleh Kit Siang yang mampu mengambil tempat beliau seperti Lee Lam Thye, S.K Soong, Teoh Teck Huat, Chan Teck Chan, Gooi Hock Seng dan Wee Choo Keong.
"Perlembagaan parti dieksploitasi bagi menyingkirkan mana-mana pihak yang dianggap pesaing dalaman pada peringkat awal, ini adalah cara Kit Siang atasi ancaman beliau," katanya dalam buku karangannya.
Baru-baru ini, akibat tertekan dengan pelbagai DAP akhirnya akur dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk mengadakan pemilihan semula CEC dan secara tidak langsung mengakui ketetapan ROS akhir tahun lalu bahawa pemegang-pemegang jawatan yang dibentuk oleh CEC pada 15 Disember lepas adalah tidak sah.
Isu pemilihan CEC DAP tahun lalu, menimbulkan keraguan kerana didakwa berlaku wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 perwakilan yang merupakan ahli sah untuk mengundi.
Father Agustus Chen turut mendakwa, Kit Siang juga sering campur tangan dalam menentukan cawangan manakah yang harus hadir pada pemilihan CEC.
Jelasnya, struktur organisasi DAP sangat berbeza berbanding organisasi lain kerana tidak beroperasi dengan kawasan Parlimen kerana hanya mempunyai cawangan dan bahagian.
"Kebanyakan cawangan mempunyai keahlian antara 50 hingga 200 ahli sahaja, hanya cawangan yang mempunyai sijil A dibenarkan untuk menghadiri manakala cawangan sijil B tidak boleh seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.
"Dengan ini, Kit Siang dengan mudah akan menafikan hak mengundi cawangan-cawangan yang menentangnya dengan menukar status cawangan sesuka hati," dakwanya.
Terdapat tiga kategori cawangan dalam DAP, Sijil A adalah untuk perwakilan yang layak menghadiri dan mengundi pada Kongres Kebangsaan, sijil B pula hanya boleh menjadi pemerhati dan tidak boleh mengundi manakala protem pula cawangan yang menanti kelulusan.
Tambah Father Augustus Chen, jawatan Setiausaha Agung juga tidak pernah dipilih secara demokratik oleh ahli atau perwakilan.
"Kit Siang kini sudah 72 tahun, beliau tidak akan bersara tanpa memastikan keseluruhan keluarga dinasti Lim kekal berkuasa dalam kepimpinan tertinggi parti," tegasnya.
Lim kit siang adalah model sempurna cinabeng Dan dipuja segolongan kecil melayu di dalamya.
ReplyDeleteUntuk nampak hebat Dan menutup segala strateginya - kecinaannya Dan anti melayu ditebalkannya.