Tuesday, August 27, 2013

MEDAN SELERA SEKS DISERBU..!!!



Keasyikan sekumpulan tonto yang diupah mengawasi satu medan selera di Jinjang Selatan, di sini, yang menawarkan perkhidmatan pelayan pelanggan (GRO) menyaksikan wanita warga China membuat persembahan mengghairahkan menyebabkan mereka tidak menyedari kehadiran pihak berkuasa membuat serbuan, kelmarin.

Dalam serbuan jam 10.45 malam itu, 15 wanita warga China, lapan wanita warga Indonesia, dua wanita warga Myanmar dan seorang lelaki warga China ditahan Jabatan Imigresen Putrajaya kerana menyalahgunakan permit kerja, tinggal lebih tempoh selain tidak mempunyai dokumen lengkap.

Timbalan Penolong Pengarah I (Penguatkuasaan) Jabatan Imigresen Putrajaya, Abdul Malik Bujang berkata, serbuan berkenaan berdasarkan aduan orang ramai mengenai kegiatan pengusaha medan selera itu yang menyediakan khidmat GRO warga asing.

“Ketika serbuan, sekumpulan GRO warga China berpakaian seksi sedang membuat persembahan di atas pentas.

“Mereka cuba lari sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa, namun masing-masing gagal melepaskan diri berikutan premis itu sudah dikepung,” katanya.

No comments:

Post a Comment

KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?