Wednesday, May 8, 2013
BERUBAH DAN TRANFORMASI KAN UMNO DULU..!!!
Bukan KBC nak berpihak kepada sesiapa tetapi ini adalah kebenaran yang harus diperbetulkan dulu dalam UMNO dan semakin rosak dengan gejala sumbang yang melanda dikalangan ahli sendiri.
Biasalah sikap tamak diantara Melayu semakin meluap-luap untuk mengejar impian masing-masing. Malangnya sikap sebeginilah yang akan menghancurkan UMNO sikit masa hari lagi, perkara ini haruslah dicekang dan ditegah daripada berlaku didalam parti.
Sikap memilih kasih dan berpuak-puak inilah yang dimaksudkan KBC, kerana ahli UMNO sendiri tahu perkara ini berlaku sejak dulu lagi. Sikap inilah yang membuatkan banyak ahli UMNO menjauhkan diri dari parti dan terus menyertai pembangkang.
Bermuka-muka diantara satu sama lain adalah sikap pertama seharusnya dikikis dikalangan ahli UMNO, contohnya membuka keahlian kepada semua individu tanpa ditapis oleh sesiapa pun. Ketua-ketua cawangan harus memastikan kesemua borang keahlian diserahkan kepada pihak Bahagian tanpa memihak dan berpuak kepada sesiapapun.
Inilah perkara membuat ramai orang muak dan akhirnya berpaling tadah untuk memihak kepada pembangkang kerana sikap "memilih bulu" yang berleluasa oleh pihak tertentu didalam UMNO. Sehingga pernah terjadi borang keahlian terus dibuang dalam tong sampah dari diserahkan kepada pejabat Bahagian kerana khuatir akan kedudukkan masing-masing.
Pendek kata lebih pentingkan diri daripada parti, sehingga sanggup mengetepikan dikalangan yang berkebolehan dan bijak pandai demi jawatan dan ego dirinya sendiri. Seharusnya mereka peka terhadap penduduk sekitar dan pandai mengambil hati semua penduduk berdekatan.
Senantiasa pandai memujuk dan merendah diri demi memupuk persaudaraan diantara penghuni Cawangan. Sering menambah ahlinya setiap bulan agar dapat memastikan kemenangan UMNO cemerlang di masa akan datang.
Tranformasi dalam UMNO harus dilakukan segera sebelum keadaan semakin parah sehingga UMNO tak dapat diselamatkan lagi. Semakin lama orang ramai semakin menjauhi UMNO selagi sikap-sikap yang dinyatakan tidak dihapuskan secepat mungkin.
Tindakan keras harus diambil untuk UMNO kembali pulih agar segar di hati masyarakat setempat bahawa UMNO adalah sebuah parti lama yang telah berubah prinsip dan dasar perkhidmatan baru kepada orang awam.
Mengubah cara berkomunikasi dengan setiap rakyat, tak perlu tunggu dan seharusnya gigih berusaha mencari penyelesaian buat sesuatu masalah. Bertindak cepat dan segera, dan bukanlah mengambil langkah sikap menunggu apabila masalah datang depan mata.
Jika saranan ini diendahkan maka jangan salahkan sesiapa nanti, kerana kita sendiri sedar apa sebenarnya yang berlaku didalam UMNO. Walaubagaimanapun ramai yang setia dan sayangkan UMNO kerana banyak membantu dizaman pemerintahan PM Datuk Seri Najib Tun Razak.
Cemerlang dan terbaik dengan Tranformasi yang dicipta agar setiap rakyat dapat merasa kesenangannya sekarang. Contoh terbaik adalah pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada setiap rakyat bagi peringkat sederhana kebawah.
Ramai yang masih sayangkan UMNO walaupun pelbagai karenah sesetengah pemimpin meduka citakan pelbagai peruntukkan diberikan kepada ahlinya. Biar adil dan saksama, buanglah sifat tamak demi keharmonian parti.
Itulah pengorbanan yang harus dilaksanakan segera sebelum nasi menjadi bubur. PM Datuk Seri Najib Tun Razak harus melakukan Tranformasi didalam UMNO dengan kadar segera bagi mengubah persepsi dan tanggapan orang ramai terhadap UMNO.
BERUBAH LAH UMNO...!!!
No comments:
Post a Comment
KOMEN LA APA NAK KOMEN, KLBOYZ MALAS NAK TAPIS-TAPIS, KOMEN JER LA..,TAPI KALAU BOLEH GUNAKAN BAHASA YANG ORANG BOLEH FAHAM & BERFIKIR..
TANGGUNG SENDIRI....!!?